Subsidi – PM Beri Dua Minggu Untuk Kementerian Memperincikannya

Oleh admin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebentar tadi berkata subsidi kerajaan perlu lebih diperincikan dalam membendung isu-isu kos sara hidup dalam negara.

Beliau memberikan tempoh dua minggu bagi kementerian yang berkaitan untuk menilai implikasi dan membuat perbincangan dengan sektor swasta serta pelabur berhubung subsidi kerajaan.

“Subsidi ini harus disasar, jika tidak seperti harga minyak-minyak umpamanya. Subsidi itu dimanfaatkan oleh golongan rakyat dan kaya.

“Jadi saya berikan mereka tempoh dua minggu untuk cerakin, menelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta serta minat pelabur,” jelas Anwar.

Dalam sidang media berkenaan, beliau menjelaskan bahawa subsidi adalah inisiatif untuk meringankan beban rakyat miskin.

Sehubungan itu, golongan kaya dan industri-industri tidak perlu mengambil manfaat daripada perkara itu.

“Dan tentunya golongan yang kaya untuk industri tidak harus mengambil manfaat. tetapi ada kepentingan lain yang akan disediakan umpamanya kemudahan lain, insentif untuk syarikat akan diperbaiki supaya tidak menjadi suatu beban,” katanya.

Sementara itu, tarif elektrik turut dibicarakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu ekoran angkanya yang hampir sama antara golongan miskin dan kaya iaitu sekitar 2.5 bilion.

“Bagi saya tidak munasabah, namanya subsidi tetapi mendapat manfaat kepada yang lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada hari ini.

Leave a Comment