TerasMalaysia

Subsidi Pukal Perlu Beri Manfaat Untuk Golongan M40, B40 Dan Peniaga Kecil

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Subsidi Pukal Perlu Beri Manfaat Untuk Golongan M40, B40 Dan Peniaga Kecil

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 bagi tahun 2022.

Difahamkan, Mesyuarat NACCOL turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir, beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian.

Baca: Isu Telur – Kenapa Kerajaan Tak Tekan Taikun Telur Berjenama? Atau Henti Eksport Berlebihan?

Secara umumnya, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai masalah-masalah yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah meminta kementerian yang terlibat untuk membentangkan semula kertas yang terperinci selepas peruntukan masa selama dua minggu.

Subsidi Pukal Perlu Beri Manfaat Untuk Golongan M40, B40 Dan Peniaga Kecil

“Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.

”Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10% dari angka itu yakni 1 juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih dari 50% subsidi elektrik,” kata Anwar.

Anwar juga mengatakan bahawa jabatan-jabatan kerajaan mesti merancang serta membangunkan saluran yang bersesuaian untuk pemberian subsidi bersasar dengan mengambilkira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan pelaksanaan berada pada tahap yang efektif dan efisien.

Dalam pada itu, pelbagai isu, halangan dan strategi dibincangkan secara kolektif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui pembentangan tiga kertas dalam mesyuarat tersebut.

Laporan-laporan berkenaan bertujuan untuk memberikan idea awal daripada pihak berkaitan terutamanya, pemain industri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memmperjuangkan hak pengguna.

Di samping itu, Anwar turut mengatakan bahawa kerajaan juga perlu berusaha secara berterusan dalam membangunkan serta menyokong pembangunan industri yang lestari.

Isu kekurangan bekalan produk ternakan akan berikan kesan buruk

Untuk makluman, sektor penternakan di Malaysia telah lama mencapai tahap yang sepatutnya bagi memenuhi permintaan lokal dan memiliki keupayaan untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat, dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar dan bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan.” katanya

Buat masa ini, Anwar menegaskan, kekurangan bekalan akan memberi kesan yang buruk. Maka, perkara ini akan menjadi fokus utama kerajaan buat masa sekarang.

Seterusnya, kerajaan turut mempertimbangkan untuk memperhalusi metodologi campurtangan kerajaan di peringkat pengguna.

“Mesyuarat NACCOL telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar telah disyorkan,”

Menurut Anwar, perkara-perkara yang dibincangkan ini bakal dibawa kepada Jemaah Menteri, dan Kabinet bakal memberikan kata putus pada hari esok.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Leave a Comment