TerasMalaysia

Sudah 6 tahun berkahwin,lelaki ini baru tahu yang isterinya…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sudah 6 tahun berkahwin,lelaki ini baru tahu yang isterinya… Seorang lelaki dari Arab terpaksa menceraikan isteri yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu sebenarnya merupakan bekas ibu tirinya sendiri.

Dah enam tahun nikah bekas mak tiri

Memetik laporan Golf News, lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu memaklumkan sepanjang perkahwinan selama enam tahun sehinggalah mereka dikurniakan seorang anak lelaki, dia mengaku tidak pernah membawa si isteri berjumpa dengan ahli keluarganya. Namun segala-galanya terbongkar selepas lelaki ini nekad mahu memperkenalkan isteri kepada bapa dan ahli keluarganya yang lain.

Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya si bapa melihat menantunya itu sebenarnya adalah bekas isterinya yang pernah dinikahinya 10 tahun lalu. Si bapa kemudian menjelaskan bahawa dia dan wanita itu pernah berkahwin secara misyar namun mereka telah pun berpisah. Berikutan daripada itu, keluarga ini membuat keputusan untuk merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif.

Terpaksa ceraikan isteri

Sudah 6 tahun berkahwin,lelaki ini baru tahu yang isterinya…

Menurut Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan iaitu Abdullah Al Mutlaq memaklumkan lelaki berkenaan perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Akan tetapi, status anak lelaki pasangan ini diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Untuk pengetahuan semua, perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak. Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak.

BACA:

Cuaca Buruk Melanda Sabah, Sarawak Dan Labuan

Anggota JPJ Beri Bantuan Kepada OKU Dipuji Ramai, Tak Sia-Sia Belajar Bahasa Isyarat

Dunia Bakal Mengalami Kemarau Pada Tahun 2023 – Pakar

Leave a Comment