TerasMalaysia

Sudah 9 tahun menetap di UK, individu terkejut sambutan Ramadan disana meriah untuk pertama kali

Sudah 9 tahun menetap di UK, individu terkejut sambutan Ramadan disana meriah untuk pertama kali

Buat pertama kali, West End di London diterangi 30,000 lampu sebagai menandakan ketibaan bulan suci Ramadan.

Jalan Coventry yang menghubungkan Dataran Leicester dengan Piccadilly diterangi cahaya ‘Happy Ramadan’.

Lampu itu ‘dinyalakan’ Datuk Bandar London, Sadiq Khan iaitu antara 1.3 juta umat Islam di London yang menyambut Ramadan.

Difahamkan, ada seorang muslim yang sudah menetap di sana selama sembilan tahun berkata, itu kali pertama dia melihat sambutan Ramadan semeriah ini.

Berdasarkan perkongsian CGM, dikatakan sambutan Ramadan besar-besaran di Jalan Picadilly Circus di London itu dianjurkan buat pertama kali (tiada semeriah itu selama ini).

Video tersebut dikongsikan semula oleh pengguna TikTok @l.mh26, yang menjelaskan dirinya berasa begitu teruja dengan suasana berkenaan.

@l.mh26

Ramadan lights display in London! So beautiful to see Allahuma barik. May this holy month of Ramadan bring abundant blessings to everyone, Amin 🤍 📍Piccadilly Circus #islam #ramadan #ramadanlights #ramadanvibes #london #piccadillycircus

♬ Ramadan Maher Zain Vocals Only – Imaad Rana

“Pameran lampu Ramadan di London! Sungguh indah untuk dlihat. Allahumma barik. Semoga bulan Ramadan yang suci ini dapat menyebarkan rahmat buat semua. Amin,” katanya pada kapsyen video.

Dalam video tersebut, individu itu menunjukkan pemandangan di sekitar tempat berkenaan sewaktu lampu dengan tulisan ‘Happy Ramadan’ dihidupkan.

Dia menunjukkan dua suasana ketika lampu itu dihidupkan, yang pertama pada waktu siang dan kedua pada waktu malam.

Semasa lampu tersebut dinyalakan pada waktu siang, ia dilihat memenuhi ruang di jalan tersebut, namun keadaan pada waktu malam lebih mengejutkan.

Suasana malap malam sebaliknya dipenuhi dengan lampu dan hiasan itu. Ternyata cahaya pancaran lampu-lampur tersebut sangat menaikkan ‘seri’ di sepanjang jalan berkenaan.

Bukan setakat perkataan sahaja, malah lampu itu juga hadir dalam bentuk anak bulan, bintang dan lain-lain yang biasanya begitu sinonim dengan agama Islam.

Kelihatan ramai yang berkumpul untuk melihat pameran lampu tersebut dan rata-rata mereka gembira dengan hiasan yang dibuat.

Difahamkan juga, hiasan itu akan digantung dan dibiarkan selama sebulan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Acara itu dianjurkan Ayshea Desai, yang diilhamkan daripada lampu Krismas yang digemarinya.

“Saya mempunyai impian untuk melakukannya seperti lampu Krismas.

“Saya masih ingat melihat lampu Krismas bersama kakak ketika membesar dan pernah berpeluang tinggal di Timur Tengah, saya mahu membawa kegembiraan dan keajaiban itu ke London, bandar kelahiran saya,” katanya yang memulakan projek itu tiga tahun lalu.

Katanya, beliau sangat terharu dengan sambutan pada bulan penting bagi umat Islam itu.

“Saya ingin meningkatkan kesedaran itu juga untuk memberitahu penduduk lain bahawa bulan ini sangat penting bagi kami. Ia adalah bulan kegemaran saya dalam setahun dan saya bersyukur kerana berada di sini,” katanya.

Di lokasi lain di London, iftar (buka puasa) terbuka akan diadakan di Muzium Victoria dan Albert di selatan Kensington untuk orang Islam dan bukan Islam.

Kelab bola sepak Chelsea juga akan mengadakan iftar terbuka di tepi padang di Stamford Bridge, yang akan menjadi pertama buat kelab dan stadium Liga Perdana itu.

Stadium Wembley akan melakukan perkara sama pada akhir bulan ini.

Sumber

Baca : Tingkah laku Ustaz Azhar Idrus masa ceramah dekat masjid sangat pelik, dia tengok apa?

Leave a Comment