TerasMalaysia

Sudah dikebumikan 4 hari, ahli keluarga nekad gali semula kubur bayi lepas dengar suara tangisan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sudah dikebumikan 4 hari, ahli keluarga nekad gali semula kubur bayi lepas dengar suara tangisan.

KUBUR bayi lelaki berusia tiga bulan terpaksa digali semula selepas empat hari apabila seorang lelaki pejalan kaki mendakwa terdengar bunyi ‘tangisan’ ketika berada di tanah perkuburan.

Menurut portal Mirror UK, bayi itu sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat demam yang melampau dan dikebumikan di Protección, Honduras pada hari sama iaitu 10 September.

Individu yang rapat dengan keluarga mendakwa dia terdengar tangisan bayi ketika melalui kawasan perkuburan itu pada 14 September lalu.

Mereka kemudian bergegas memberitahu keluarga arwah apa yang didengari kerana percaya kemungkinan bayi itu ditanam hidup-hidup.

Susulan daripada itu, pihak keluarga memutuskan untuk menggali semula kubur bayi itu bagi memeriksa keadaannya dengan harapan masih terdapat keajaiban.

Sudah dikebumikan 4 hari, ahli keluarga nekad gali semula kubur bayi lepas dengar suara tangisan

Dalam rakaman tular yang menyayat hati itu, kelihatan dua ahli keluarga berdoa supaya ada tanda-tanda bayi itu masih hidup selepas dikeluarkan dari kuburnya.

Pihak keluarga cuba menggerakkan badan bayi berkenaan selepas dikeluarkan namun tiada sebarang tindak balas ditunjukkan.

Bayi berkenaan kemudian dibawa ke hospital tetapi doktor mengesahkan tiada tanda bayi itu masih hidup.

Selepas melakukan pengesahan, pihak hospital menyerahkan kembali mayat bayi itu untuk dikebumikan semula.

Dipercayai bayi yang baru lahir itu mungkin mengalami katalepsi iaitu gangguan saraf yang menyebabkan kekejangan otot dan kehilangan keupayaan sementara untuk bertindak balas terhadap rangsangan luar.

Katalepsi jarang berlaku, dan boleh menjadi gejala penyakit seperti penyakit Parkinson atau epilepsi.

Ia juga boleh disebabkan oleh ubat antipsikotik, seperti haloperidol untuk skizofrenia, atau ia boleh berlaku akibat ketamin anestetik.

Apabila mengalami episod katalepsi, bayi mungkin tidak bergerak selama beberapa minit atau jam.

SUMBER

BACA:
Mayat kartel dadah ditimbuni senjata api ketika upacara pengebumian, penghormatan terakhir oleh rakan seperjuangan
Remaja 17 tahun terpaksa dibedah selepas wayar tersangkut dalam zakar, doktor terkejut lepas tahu punca sebenar
Wakil kedai tampil beri penjelasan perkara sebenar, punca peniaga campak duit dekat pelanggan

Leave a Comment