Sudah separuh kotak dimakan, lelaki baru sedar ada ‘benda’ sarang dalam kurma

Sudah separuh kotak dimakan, lelaki baru sedar ada ‘benda’ sarang dalam kurma

Menjelang bulan Ramadan, pastinya kurma adalah jualan yang paling laris di merata pasaraya dan kedai-kedai runcit. Jadi dapat dilihat bermacam-macam jenis makanan sunnah di bulan puasa ini dijual.

Namun sedarkah anda bahawa serangga dan parasit boleh ‘bersarang’ di dalam kurma atas pelbagai faktor.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki terkejut mendapati buah tamar yang dibelinya mengandungi larva atau berenga (maggot eggs).

Kurma yang dibeli untuk dijadikan sebagai santapan ketika berbuka puasa itu mengandungi ulat dan lebih malang lagi dia sudah termakan dalam bilangan yang banyak kongsinya di Twitter.

“Dah termakan banyak biji kurma ni, baru perasan ada telur ulat, dan ada yang dah jadi ‘larva’. Patutlah kurma ni lembut dan manis” ujar Faiq.

Lelaki yang dikenali sebagai Faiq itu menasihati kepada semua pengguna untuk berhati-hati dalam membeli dan memilih kurma untuk dijadikan santapan berbuka puasa, bagi mengelakkan kejadian yang sama ini berlaku.

Faiq juga turut berkongsi hantaran daripada Public Health Malaysia, untuk tidak lupa mengopek dan membasuh kurma sebelum dimakan.

Perkongsian gambar telur ulat di dalam buah kurma itu membuatkan netizen juga geli dan terkejut melihatnya. Mana tidaknya, selama ini mungkin ramai yang tidak membasuh buah kurma sebelum makan.

Ada juga netizen yang memberi nasihat untuk melihat tarikh buah kurma itu dihasilkan bagi mengelakkan anda terbeli kurma yang ‘berpasir’.

Cara Membasuh Buah Kurma Dengan Betul

Orang ramai dinasihatkan untuk mengopek dan membasuh terlebih dahulu buah kurma sebelum dimakan. Dengan cara membasuh buah kurma terlebih dahulu, ia dapat memastikan tiada bendasing seperti:

  • Kulat
  • Ulat
  • Bau busuk
  • Lipas
  • Bubuk
  • Habuk

Senang je nak basuh buah kurma. Anda cuma perlukan garam, air biasa, mangkuk dan tisu kering.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Rendam buah kurma dalam air garam selama lima hingga sepuluh minit.
  2. Tapis air rendaman.
  3. Bilas buah kurma dengan air biasa.
  4. Keringkan buah kurma menggunakan tisu kering.

Walaupun buah kurma telah dicuci tetapi khasiatnya masih kekal sama dan tidak berubah.

Sumber

Baca : Tular video budak darjah 1 pergi sekolah seronok, bila balik menangis tersedu-sedu

Leave a Comment