TerasMalaysia

Suhu paling panas bakal melanda bumi 5 tahun berturut-turut, manusia harus berwaspada

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suhu paling panas bakal melanda bumi 5 tahun berturut-turut, manusia harus berwaspada. Bumi berkemungkinan besar mencapai suhu paling panas pada tahun 2023 hingga 2027 dengan peningkatan purata suhu melebihi had 1.5 darjah Celcius, lapor Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

“Terdapat 98% kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya satu daripada lima tahun akan datang dan tempoh lima tahun secara keseluruhan akan menjadi yang paling hangat dalam rekod,” lapor WMO dalam satu kenyataan.

Menurut WMO, kenaikan suhu bumi itu didorong oleh fenomena cuaca El Nino dan pelepasan gas karbon dioksida daripada aktiviti manusia.

Suhu paling panas bakal melanda bumi 5 tahun berturut-turut, manusia harus berwaspada

“El Nino dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan lagi. Ini dan faktor pembakaran bahan api fosil oleh manusia akan mendorong suhu dunia meningkat pada tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Walaupun had tersebut direkodkan hanya dalam tempoh satu tahun, keadaan itu sudah memberi petanda jelas yang amat membimbangkan bahawa pemanasan global semakin pantas.

Oleh itu, WMO mengeluarkan amaran peningkatan suhu kemungkinan turut memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan makanan, pengurusan air dan alam sekitar.

BACA:
Bengang selalu dapat ‘bad review dari influencer’, pemilik kedai sanggup ludah makanan bagi pelanggan
Akibat penampakan objek ‘pelik’ di tenggara Turkiye, semua penerbangan tertangguh selama 12 jam
Wanita nekad pindah rumah lepas dijenguk ‘kawan lama’ masa hari raya

Leave a Comment