Sunyi Satu Dewan Apabila Pasangan Istimewa Ini Akad Nikah Guna ‘Signal’
Pernikahan adalah upacara pengikatan janji akad nikah yang diraikan atau dilaksanakan oleh dua orang dengan maksud meresmikan ikatan perkahwinan secara norma agama, norma hukum, dan norma sosial. Upacara pernikahan memiliki banyak ragam dan variasi menurut tradisi suku bangsa, agama, budaya, mahupun kelas sosial. Penggunaan adat atau aturan tertentu kadang-kadang berkaitan dengan aturan atau hukum agama tertentu pula.
Pernikahan dimulai dengan lafaz persetujuan oleh pengantin lelaki di hadapan saksi pihak pengantin perempuan. Majlis ini biasanya disertai oleh kaum kerabat terdekat kedua belah pihak mempelai. Pengesahan suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis (sijil nikah) yang mencatatkan pernikahan ditandatangani. Upacara pernikahan biasanya merupakan acara yang dilangsungkan berdasarkan adat-istiadat setempat, dan kesempatan itu diraikannya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Wanita dan lelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacara itu selesai, mereka dinamakan suami dan isteri dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Pernikahan mengguna kan bahasa isyarat jarang sekali kita saksikan di depan mata. Itulah yang terjadi baru-baru ini tular satu video menunjukkan sebuah majlis pernikahan menggunakan bahasa isyarat.
rakaman video yang dikongsi oleh penterjemah bahasa isyarat majlis @Siti Zubaidah@82 di laman TikTok, menunjukkan detik-detik bahagia pasangan istimewa itu semasa menjalankan sesi akad nikah.
Video berdurasi 54 saat itu dipenuhi dengan rasa terharu yang dicampur dengan perasaan gembira serta sedih, kerana kekurangan tidak menjadi penghalang untuk dua hati menjadi satu.
Permulaan video itu menunjukkan pengantin perempuan yang bernama Shafiyyah sedang bersiap sebelum memasuki masjid untuk menjalankan sesi penting dalam perkahwinan iaitu akad nikah.
Lelaki yang dipercayai ayah Shafiyyah, menjadi wali untuk anaknya melafazkan akad kepada lelaki yang istimewa, Hamizan. Setiap butir kata yang dilafazkan, penterjemah majlis berdiri di hadapan lelaki itu dan menterjemahkannya menggunakan bahasa isyarat.

Usai selesai daripada pihak wali, lelaki itu pun ‘melafazkan’ akad menggunakan bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh penterjemah berkenaan menggunakan perkataan kepada ayah Shafiyyah.

Ia merupakan satu momen istimewa yang dirakamkan, terutama sekali buat keluarga pengantin.
Meninjau di ruangan komentar, rata-rata ramai yang memanjatkan rasa kesyukuran buat kedua-dua insan istimewa itu kerana berjaya menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.
Difahamkan, prosedur buat pasangan istimewa yang ingin melafazkan ijab dan kabul sama seperti orang biasa, cuma ketika bacaan akad penterjemah akan turut serta bersama dan terjemah di sebelah. Selepas itu, pengantin lelaki akan lafaz terima dalam bentuk bahasa isyarat.
Tiga Rumah Rosak, 66 Hampir Roboh Kerana Fenomena Air Pasang