Syarikat jamu hampir bungkus gara-gara staf sendiri, songlap duit hasil jualan RM400,000 siap selingkuh dengan suami founder.
Sejak kelmarin, tular di media sosial video seorang founder jatuh miskin disebabkan penipuan staf sendiri sehingga dia kerugian raturan ribu ringgit selepas bertahun-tahun ditipu tanpa disedari.
Ditipu bertahun-tahun tanpa disedari dari orang paling dipercaya
Menerusi video yang dibuat seorang founder minuman kesihatan dikenali sebagai Puteri Kasim telah meluahkan apa yang terbuku dihatinya selepas dia mengetahui bahawa personal assistant (PA) yang begitu dipercayai sanggup mengkhianatinya sampai dia kerugian dan hampir menutup syarikat.
Founder jatuh miskin, staf joli sakan
Puteri Kasim juga mengaku terpaksa menjual motosikal, kereta dan barang kemas demi menyelamatkan perniagaan jamu serta gaji pekerja sedangkan stafnya itu sedang ‘berjoli’ sakan dengan duit syarikat yang diambil sejak tahun 2021.
katanya lagi, pada bulan lalu, pekerja yang dikenali sebagai Pazelah Zaini itu telah menghabiskan sebih daripada RM20,000 untuk keperluan sendiri sedangkan dia sebagai Boss langsung tidak mempunyai wang.
Syarikat hampir tutup, founder jatuh miskin
Pemilik perniagaan jamu tersebut juga mengatakan yang dia ambil staf tersebut sewaktu wanita berkenaan dalam keadaan susah dan berasa kasihan kerana baru dibuang kerja.
Jelas Puteri Kasim, wanita itu begitu baik dihadapannya sehingga dia tidak terfikir langsung bahawa bakal ditikam dari belakang seperti yang sudah terbongkar.
Disebabkan termakan dengan pelbagai kata-kata stafnya itu, founder berkenaan dipandang ‘jahat’ oleh pekerjanya yang lain sehingga ramai yang diberhentikan.
‘Kantoi’ waktu check telefon syarikat
Tambahnya, keuntungan daripada jualan di TikTok yang dipegang oleh staf berkenaan telah disalah guna sehingga tiada keuntungan profit buat syarikat.
Perilaku buruk staf berkenaan dapat dihidu apabila founder tersebut mengambil telefon pejabat untuk membalas chat dari pelanggan sehingga dia menemukan pelbagai bukti termasuklah penipuan, kecurangan wanita itu dengan suaminya dan banyak lagi.
Puteri Kasim juga memberitahu yang dia tidak akan memaafkan wanita tersebut kerana menganiaya dia begitu teruk sehingga hampir meruntuhkan rumah tangga disebabkan masalah di pejabat.
Tak hanya itu, dia memberitahu yang mereka tidak mahu membuat laporan polis terlebih dahulu kerana ingin wanita tersebut membayar semua duit yang telah dicuri dari syarikat sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.