TerasMalaysia

Taat Mendirikan Solat Tidak Semestinya Faktor Penting Dalam Memilih Pasangan? Jadi, Apakah Tip Utama?

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Taat Mendirikan Solat Tidak Semestinya Faktor Penting Dalam Memilih Pasangan? Jadi, Apakah Tip Utama?

Memilih pasangan adalah proses yang penting dalam kehidupan seseorang. Ia juga adalah proses pertama sebelum mewujudkan hubungan yang lebih intim. Ia menentukan dengan siapa orang itu akan hidup bersama untuk berkasih sayang, berkongsi susah dan senang sepanjang hidupnya. Pemilihan pasangan yang tepat dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan dan kesejahteraan keluarga dan jika sebaliknya, ia dapat menimbulkan konflik yang berpanjangan dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan sebuah institusi keluarga.

Satu tangkap layar yang memetik nasihat dari seorang pempengaruh mengenai tip untuk memilih pasangan menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru ini.

Menurut ‘influencer’ tersebut, manusia memang cepat berubah. Tidak semestinya orang yang taat mendirikan solat itu juga adalah baik.

Sebaliknya, ‘chemistry’ atau rasa saling selesa dan serasi di antara satu sama lain sebenarnya adalah lebih penting untuk dijadikan sebagai ukuran ketika memilih pasangan.

Tangkap layar tersebut mendapat perhatian seorang dekan di sebuah universiti, Liyana Nazli yang membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi mengulas mengenai topik ini.

Nak tahu apa pula nasihat dari beliau untuk adik-adik yang kini sedang masih mencari pasangan? Jom ikuti perkongsiannya yang sangat bermanfaat ini.

Dulu masa awal-awal kahwin adalah tanya suami “kenapa abang duk pilih nak kahwin dengan saya?” Biasalah perempuan kan, kalau tak tanya soalan insecure macam ni tak sah. Walaupun orang kat depan tu dah sah-sah lah jadi suami time tu, lagi mau tanya ‘kenapa-u-pilih-i’ kind of question.

Sebab baru kahwinkan masa tu, dia rajinlah layan jawab. Kalau tanya sekarang buat sakit hati je dengar jawapan dia nanti bahahahaha! Dia kata masa tu kriteria dia nak pilih calon isteri senang aje,

  1. Jaga solat
  2. Jaga aurat
  3. Ada pendidikan
  4. Nampak baik akhlak

Oleh kerana katanya saya menepati ciri-ciri itu maka terjadilah isteri beliau. Dia tak tahu masa tu saya tak pandai masak, kuat merajuk, hyperactive, mood swing macam pendulum, senang menangis bla bla bla. Macam kena scam jodoh pun ada gamaknya haha! Masa kahwin tu memang kami tak ada apa-apa lagi. Dia baru grad, duk tunggu offer kerja. Tak ada kereta, tak ada rumah etc. Lepas sebulan kahwin saya terus balik UK sana sambung belajar. PJJ la dua tahun.

Nak kata cari ‘selesa = chemistry’ bak kata influencer ni sepanjang berjauhan tu memang payahlah. Dahlah time zone lain-lain. Kita tidur, dia pergi kerja. Kita balik kelas dia dah nak tidur. Kena sidai kat Skype tu perkara biasa. Merajuk tak payah cakaplah. Last-last kami set Skype tu auto-answer. Zaman tu housemate saya takut nak masuk bilik saya sebab walaupun tak ada penghuni tapi ada penunggu. Sebab bila dengar bunyi pintu nanti ada suara tanya, “ayang dah balik?”. Hahahahaha!

Masa tu barulah dia tahu isteri dia ni ada macam-macam perangai yang menguji kesabaran. Tapi bila setiap kali reconcile lepas gaduh saya akan tanya dia tahan dak dengan perangai saya? Dia kata masa sebelum kahwin mindset dia memang kahwin ni memang untuk bina sabar. Makin sabar makin tinggi taqwa. Agituh. Maka bersabarlah beliau sehingga 15 tahun ini. Semoga terus sabarlah hendaknya. Ameen insyaAllah….

Nak cakapnya selesa ke, chemistry ke, physics ke, biology ke, tak menjanjikan kebahagiaan selepas perkahwinan. Sebagaimana orang yang jahat tak selamanya jahat, orang baik tak selamanya baik, orang yang deeply in love now pun boleh fall out of love kalau cinta tu tak dipupuk dan dibajai. Dalam perkahwinan ni yang penting tanggungjawab. Saat muka pasangan pun kita rasa menyampah nak tengok bila ribut tropika kan tiba…. mengapa awak tak cakap dari mulaaaa… eh? Ha, saat kita nyampah tengok muka dia, yang mengikat kita pada masa itu hanyalah rasa tanggungjawab. Pada keluarga dan anak-anak.

Solat ialah latihan untuk pupuk rasa tanggungjawab. Tanggungjawab kita sebagai hamba. So awat influencer ni duk bagi contoh solat bukan kriteria pasangan yang baik? Dah kalau kisah cinta subuh tu gagal menatijahkan pengakhiran yang baik, takkanlah by default kita nak nasihat adik-adik ni supaya jangan tengok pada komitmen bakal pasangan pada agama?

Dah takyah pening-pening dengar nasihat influencer yang keliru. Meh dengar Rasulullah cakap apa, lagi baguih,

Untuk wanita,

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”
Hadis Riwayat Abu Hatim al-Muzani

Untuk lelaki,

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Sumber

Kecoh PU Syed & Asiah Jalil Berperang Di Media Sosial! Semua Berpunca Dari Perbuatan Syamsul Yusof

Leave a Comment