TerasMalaysia

Tahap ketidaksuburan lelaki di negara ini amat membimbangkan, ini 5 punca rakyat Malaysia kena tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tahap ketidaksuburan lelaki di negara ini amat membimbangkan, ini 5 punca rakyat Malaysia kena tahu. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Negara bahawa isu ketidaksuburan lelaki di negara ini telah mencapai tahap membimbangkan.

Beliau memetik data analisis sperma daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, yang mendapati 60 peratus daripada ujian menunjukkan keputusan yang tidak normal.

Menurutnya, ia turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin.

Pakar Perunding Reproduktif Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammad Azrai Abu berkata, hal ini disebabkan beberapa tabiat lazim yang tidak disedari kaum lelaki.

Tahap ketidaksuburan lelaki di negara ini amat membimbangkan, ini 5 punca rakyat Malaysia kena tahu

Antara aktiviti yang boleh terdedah kepada risiko ketidaksuburan lelaki:

Pemakaian seluar ketat
Aktiviti berbasikal
Bersauna
Mandi di kolam air panas
Merokok dan vape

Menurutnya, pemakaian seluar ketat termasuk ketika berbasikal akan menyebabkan aliran darah di bahagian testis tidak lancar dan menjadi antara punca perkembangan sperma dekat testis tidak berlaku.

Beliau mendedahkan, jumlah kes individu menghadapi masalah kesuburan akibat aktiviti berbasikal menunjukkan peningkatan sejak lima tahun lalu.

Selain itu, terdedah kepada suhu terlampau tinggi seperti berbasikal di bawah terik matahari, sauna dan mandi di kolam air panas juga memberikan masalah kepada kesuburan lelaki.

Namun begitu, risiko tabiat yang dinyatakan di atas tidak bermakna kesemua aktiviti berkenaan langsung tidak boleh dilakukan, tetapi perlulah berpada-pada.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan kepada pasangan yang sudah berkahwin boleh melakukan pemeriksaan di klinik seawal tahun pertama perkahwinan untuk melakukan ujian kandungan sperma.

Melihat masalah ini, kerajaan juga bercadang akan menambah baik rawatan kesuburan dengan mewujudkan klinik rawatan kesuburan khas untuk lelaki.

BACA:
Takut buah mangga yang bernilai RM1,173 dikebas orang, pasangan sanggup upah 4 orang pengawal dan 6 ekor anjing
Kedai kopi paling ‘rare’, larang bercakap tentang politik masa berada didalam premis
Wanita terkilan lepas 4 bulan berkahwin, kantoi gambar suami ‘video call’ dengan lelaki lain sambil onani

Leave a Comment