Tahap pembelanjaan hidup yang tinggi di Malaysia, lelaki ini cuba nasib jual buah pinggang sendiri
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dari Malaysia menggemparkan netizen apabila dia berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup.
Mungkin di antara kita akan mengatakan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana menjual organ dalaman adalah sangat berisiko kepada pemberinya lebih-lebih lagi ia melibatnya nyawa.
Melalui video tersebut, lelaki itu telah berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang. Bagaimanapun selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor mendapati buah pinggang lelaki itu tidak sesuai untuk digunakan kerana dia merupakan seorang perokok tegar dan ada kemungkinan buah pinggang itu akan mendatangkan masalah kepada ‘pembelinya’ pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, ‘pembelinya’ menawarkan harga yang lebih murah iaitu sebanyak (SGD30,000/~RM99,756) daripada harga pasaran semasa, SGD60,000-SGD100,000 (~RM199,512-RM332,520) namun permintaan itu telah ditolak oleh lelaki tersebut.
Dalam satu videonya yang terbaharu, dia menjelaskan keputusan dibuat itu bukanlah sebab dia ‘pemalas’ dan tidak berusaha untuk mendapatkan kerja bagi meraih pendapatan seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.