Tak Ada Pegangan Agama. Gadis Bertudung Bangga Teguk Arak Di Kelab Malam
Pemakaian tudung tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan memelihara maruah wanita tersebut. Pemakaian tudung dan pakaian yang menutup aurat menunjukkan bahawa seseorang wanita itu sebagai seorang yang bersopan.
Ia juga menunjukkan bahawa wanita tersebut memelihara kecantikannya hanya untuk mereka yang layak melihatnya sahaja iaitu bakal suami kepadanya.
Wanita bertudung juga memberikan isyarat kepada orang lain bahawa dia tidak berminat untuk menggoda, digoda atau bergaul secara bebas dengan orang lain bagi tujuan memelihara kelakuan dan maruah diri.
Tetapi baru-baru ini kecoh dilaman sosial, seorang gadis bertudung dan berbaju kurung telah mencemarkan imej agama islam dimana gadis tersebut kelihatan memasuki kelab malam.
Bukan saja memasuki kelab malam, bahkan dia turut berasa bangga memaparkan dirinya sedang minum minuman keras (arak).
Rata-rata netizen yang melihat posting terbabit sememangnya tidak menyangka gadis manis bertudung seperti itu tidak berasa segan menayang kelakuannya kepada khalayak umum.
Bahkan, netizen turut merasakan gadis tersebut tidak perlu menjejakkan kaki ke kelab malam sambil memakai tudung dan berbaju kurung kerana ia merosakkan imej wanita Islam.
Jangan Cakap Dia Tak ‘Payung’. TMJ ‘Offer’ Stadium Pula Untuk Kegunaan Skuad Harimau Malaya