TerasMalaysia

Tak payah pergi luar negara, dekat Semenyih pun dah ada cat jalan “Glow in the dark”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak payah pergi luar negara, dekat Semenyih pun dah ada cat jalan “Glow in the dark”,

Cat jalan yang bercahaya di dalam gelap atau dikenali sebagai “glow in the dark” kini sedang diterapkan di persimpangan Jalan Sg Lalang B19 dan Jalan Sg Tekali B16 di Semenyih.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya Hulu Langat melalui satu hantaran di Facebook sebelum ini.

“Cat jalan yang “bernyala dalam gelap” ini adalah percubaan projek rintis kami dalam membawa inovasi ke dalam kejuruteraan jalan,” kata JKR Hulu Langat lagi.

Berdasarkan hantaran tersebut, dapat dilihat cat tersebut mengeluarkan cahaya berwarna hijau ketika dalam keadaan gelap pada waktu malam.

Penggunaan cat ini dipercayai dapat membantu pemandu untuk melihat jalan dengan lebih mudah seterusnya dapat mengurangkan risiko kecelakaan.

Tak payah pergi luar negara, dekat Semenyih pun dah ada cat jalan "Glow in the dark"

Dalam hantaran tersebut, JKR Hulu Langat meminta agar orang ramai tidak terkejut ketika melalui kawasan berkenaan.

“Ini koordinatnya 3.093245,101.894864. Hati-hati memandu di jalan raya.”

Menariknya, konsep jalan “glow in the dark” ini sebenarnya telah diperkenalkan terlebih dahulu di Australia.

Sebuah syarikat kecil dari Gippsland, Victoria, yang dikenali sebagai Tarmac Linemarking, telah berhasil menguji garisan jalan fotoluminescent sepanjang satu kilometer.

Menurut laporan Daily Mail, hasil dari sesi ujian tersebut telah menjadi popular di kalangan masyarakat.

Lapisan pada garisan jalan tersebut akan memancarkan cahaya yang diserap dan disimpan pada siang hari, menghasilkan garisan yang lebih terang pada malam hari.

John Emanuelli dari Tarmac Linemarking menyatakan bahawa mereka telah menerima banyak permintaan sejak ujian dimulai, terutama dari pihak berkuasa tempatan dan entiti perniagaan yang berminat menjadikan laluan mereka lebih selamat.

“Produk ini telah menarik minat banyak pihak selepas fasa ujian bermula. Ia adalah produk yang hebat,” ujar Emanuelli. Syarikat Australia ini yakin bahawa produk ini boleh digunakan untuk membuat garisan di pelbagai lokasi, termasuk kawasan parkir, laluan pejalan kaki, jeti, dan tempat-tempat penting bagi pengguna jalan.

BACA:
Sudah tertulis dalam Al-Quran, hampir 240 juta pokok Gharqad ditanam di sekitar Israel
Semata-mata RM15, remaja onani, kencing dan letak zakar atas kitab suci Al-Quran
Menu makan malam kapal Titanic dilelong dengan harga RM485,130

Leave a Comment