Tak perlu bazir duit untuk beli baru, ini langkah dan cara yang korang kena buat kalau kipas rosak dan tak berpusing

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak perlu bazir duit untuk beli baru, ini langkah dan cara yang korang kena buat kalau kipas rosak dan tak berpusing.

Setiap barang mempunyai jangka hayat yang tersendiri, apabila digunakan untuk masa yang panjang, tentunya barang tersebut akan rosak dan perlu diganti baru.

Sama seperti kipas, yang memerlukan seseorang untuk memeriksa keadaan dan mencari punca bagaimana ia boleh berhenti berpusing sebelum digantikan yang baru sekiranya perlu.

Kadang-kadang apabila tinggal berseorangan di rumah, kipas yang berpusing tiba-tiba akan berhenti membuatkan diri menjadi panik.

Jadi, untuk menjimatkan pengeluaran modal dalam membetulkan kipas yang rosak, mari ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Cara tersebut telah dikongsi oleh seorang individu lelaki menerusi video yang dimuat naik oleh Video Kita di Facebook.

Tak perlu bazir duit untuk beli baru, ini langkah dan cara yang korang kena buat kalau kipas rosak dan tak berpusing

Cara-cara baiki kipas berdiri yang berhenti berpusing
Yang pertama, buka bingkai kipas dengan menanggalkan pemegang bilah kipas yang dibuka mengikut arah jam.

Selepas itu, pusingkan pemegang bingkai mengikut lawan jam dan tarik keluar bingkai kipas itu sebelum menanggalkan di bahagian belakang kipas.

Sekiranya mempunyai multimeter analog, boleh digunakan terlebih dahulu untuk menguji kapasitor.

Letakkan prop merah dan hitam pada wayar kapasitor dan jika jarum meter menaik, ia menandakan kapasitor berada dalam keadaan baik.

Namun, sekiranya jarum tidak menunjukkan sebarang pergerakan maka kapasitor tersebut telah rosak.

Bagaimanapun jika tidak mempunyai multimeter analog, apa yang perlu dilakukan ialah membuka wayar di bahagian belakang kipas itu dengan gunting.

Setelah dibuka wayar tersebut, cari kabel yang berwarna hitam dan potong kabel itu di bahagian hujung.

Kemudian, potong sedikit bahagian kabel hitam itu untuk dapatkan wayar di dalamnya untuk diletakkan pada kapasitor. Kapasitor juga perlu dibuang kulitnya sedikit kerana mahu menggunakan wayar di dalamnya.

Dalam pada itu, suis kipas itu juga perlu dihidupkan supaya dapat melihat sama ada cara tersebut berkesan atau tidak.

Bagaimanapun jangan tersilap, apabila wayar hitam itu diletakkan pada kapasitor, pastikan kipas itu berpusing ke kanan dan bukannya ke kiri.

Dalam video tersebut, apabila wayar hitam diletakkan pada salah satu kapasitor, kipas mula berpusing ke belah kiri dan pusingan itu adalah salah. Pastikan kipas tersebut pusing ke kanan.

Akhir sekali, boleh gantikan bahagian dalam kipas itu dan pasang semula kipas. Siap.

BACA:
Restoran popular jual nasi claypot viral sebenarnya bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia
Pasangan warga asing kantoi minta sedekah dekat orang lain, mengamuk sampai tunjuk isyarat jari tengah
Marissa Dania bersuara pertahan diri, dakwa tidak punya kaitan dengan pihak yang menularkan kisahnya

Leave a Comment