Tak sangka ada kisah sedih disebalik Banglo 5 tingkat yang mewah ini, tuan rumah dedah cerita sebenar
Rumah bagaimana yang kita nak cari sekarang ni untuk menjadi rumah impian. Ramai orang impikan rumah besar dan selesa untuk kehidupan yang panjang. Asalkan ada duit, apa sahaja tidak mustahil untuk dibina. Namun, adakah kebahagiaan itu bersifat kekal?
Berdasarkan sebuah kisah yang tular di TikTok ini, mungkin perspektif anda yang berangan untuk tinggal di rumah besar bakal berubah. Saudara Jimmy Haryzul kebetulan melalui kawasan perumahan di Rawang dan dia tertarik dengan kewujudan sebuah banglo 5 tingkat di sana.
Sekali pandang, ia nampak tidak berpenghuni dan luarannya pula kelihatan suram. Rupanya, rumah banglo putih yang terdiri daripada 4 blok itu dalam usaha untuk dijual. Timbul rasa ingin tahu dalam diri Jimmy mengapa agaknya rumah seindah itu mahu dijual? Maka dia menghubungi sendiri nombor tuan rumah yang tertera di papan maklumat.
Setelah berborak ringkas, rupanya tuan rumah ini berkata semua anak sudah mempunyai kehidupan sendiri dan enggan lagi tinggal di situ. Dengan rumah sebesar itu, pastinya duduk seorang diri tanpa teman akan menimbulkan rasa sunyi. Tuan rumah kemudiannya berpindah tinggal di sebuah rumah kondo terletak di Petaling Jaya.