Tak Sangka Bertemu Sahabat Lama Di Tanah Suci Setelah 15 Tahun Terpisah
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Maria Muda berkongsikan pengalaman manisnya ketika menunaikan umrah, dimana Tanah suci Mekah menjadi saksi pertemuan beliau bersama sahabatnya yang telah terpisah selama 15 tahun.
Perkongsian video berdurasi 44 saat itu, menjadi tular sebaik sahaja dikongsikan di laman TikTok miliknya menerusi akaun @mariabintimuda.
Dalam video berkenaan dapat dilihat rakannya yang sedang berada di hadapan Kaabah dan sedang tercari-cari susuk tubuh rakannya Maria Muda yang sedang berada dalam lautan manusia yang ramai.
Bagaimanapun, sebaik sahaja rakanya itu melihat kelibat Maria yang begitu dirindukan, keduanya saling berpelukan dengan begitu erat dengan senyuman yang tidak lekang menghiasi wajah masing-masing.
Difahamkan Maria dan rakannya itu mula mengenali antara satu sama lain, ketika menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor pada tahun 2003 dan 2004.
Kemudian mereka terpisah apabila Maria tidak lagi meneruskan pengajian di UiTM ekoran memutuskan untuk mengikuti latihan menjadi jururawat pelatih.
Tambah Maria lagi, pertemuan selepas 15 tahun bersama sahabatnya itu disifatkan sebagai sebuah pertemuan yang paling bermakna baginya.
Justeru, Maria yang juga seorang usahawan turut menzahirkan rasa syukur kerana Allah swt memberikan rezeki yang tidak terjangka dan berpeluan bertemu rakannya, meskipun hanya dapat meluangkan masa lebih dari satu jam itu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang tidak sangka dengan pertemuan tersebut dan menyifatkan sungguh besar kuasa Allah SWT.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi tentang pengalaman mereka berjumpa orang yang dikenali ketika berada di tanah suci.
Baca :Â Pemandu parkir kereta tengah jalan lepas tu selamba hisap rokok buat orang awam naik angin