Tak Sangka Cara Ini Boleh Buat Kain Lap Dapur Tanggal Semua Kotoran Dan Lebih Wangi Tanpa Rendam

Tak Sangka Cara Ini Boleh Buat Kain Lap Dapur Tanggal Semua Kotoran Dan Lebih Wangi Tanpa Rendam

Kain lap adalah keperluan penting di dapur yang berfungsi memastikan persekitaran dapur dan peralatan memasak dalam keadaan bersih.

Penggunaannya juga praktikal berbanding tisu dapur kerana lebih efektif selain menjimatkan kos.

Namun penjagaan kain lap perlu dititikberatkan bagi mengelak sebarang jangkitan kuman yang boleh memudaratkan kesihatan berpunca daripada kain berkenaan yang dicemari kuman.

Sebab itu untuk membasuh kain buruk ini perlu ada teknik yang betul, barulah semua kotoran dan kuman hilang. Terdapat satu perkongsian teknik baharu dengan mencucinya setiap hari seperti yang disyorkan oleh pengguna Instagram.

Kaedah ini tidak memerlukan rendaman yang lama dan memberus kain tersebut, namun hasilnya kain menjadi bersih dan bau busuk pun hilang. Mari kita ikuti teknik yang diberikan.

Cuci kain buruk atau kain lap. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari! Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman.

Ini cara cuci kain lap.

1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli dekat kedai Eco pun boleh je. 

2. Masukkan air dan sabun pencuci. Pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit baking soda. Kacau supaya bahan larut

3. Rebus air atas dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, Tutup api dan curah air ke dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus sikit-sikit sahaja sudah cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila sudah kering, kain memang wangi dan bersih.

Selamat Mencuba.

Sumber

Pontianak Berdiri Depan Rumah Masa Nak Pergi Kerja,’Nak Tak Nak Kena Redah!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *