TerasMalaysia

Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu.

Siapa saja yang tidak mengenali Mr Bean? Bagi kita yang selalu menghabiskan masa menonton televisyen dalam era 90-an, sudah pasti anda tidak akan ketinggalan satu drama komedi inggeris ini. Watak kelakuan yang seolah-olah seperti budak tanpa bercakap satu ayat pun perkataan terus menjadi bahan tontonan kegemaran kita pada waktu itu.

Watak Mr Bean terlah dijayakan dengan cemerlang oleh seorang lelaki yang bernama Rowan Atkinson. Beliau ialah seorang pelakon, pelawak dan penulis skrip dari England yang memang terkenal dengan hasil karya sitkom Blackadder dan siri komedinya Mr Bean.

Beliau telah mengecapi populariti melalui racangan komedi sketsa BBC Not The Nine Oc Clock News pada tahun 1979 sehingga 1982. Kemudian beliau turut menerima Anugerah BAFTA 1981 untuk Persembahan Hiburan Terbaik dan juga melalui penglibatannya dalam The Secret Policeman’s Ball dari 1979.

Rowan turut disenaraikan sebagai pelakon paling melucukan dalam komedi British.

Cerita pahit getir yang penuh kesedihan dan semangat juang yang kental

Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu

Tapi disebalik kejayaan yang dikecapi itu sehingga kini, ada kisah sedih yang mungkin ramai peminatnya tak tahu. Betapa kentalnya semangat beliau untuk terus berdiri teguh sehingga ke hari ini.

Rowan Atkinson telah dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan dan mempunyai masalah kepayahan bertutur atau masalah gagap ketika dirinya masih kecil.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga pernah dikacau atau dibuli semasa di sekolah kerana paras rupanya yang dilihat aneh. Ramai juga yang mengejeknya dan menggelarkan dirinya seperti makhluk asing.

Beliau turut digelar sebagai orang pelik serta menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam dan tidak ada kawan.

Oleh sebab itu, beliau lebih suka menyelami dunia sains, kongsi salah seorang gurunya. Tiada siapa pun yang menganggap dirinya seorang yang luar biasa dan menyangka beliau boleh menjadi seorang saintis yang cemerlang, namun dia telah membuktikan kepada semua orang , mereka semua salah.

Semasa menuntut di Universiti Oxford, dia mula jatuh cinta dalam dunia lakonan namun tidak mampu membuat persembahan yang baik kerana mempunyai masalah susah untuk bertutur.

Beliau telah berjaya mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik sebelum beliau muncul dalam mana-mana filem atau rancangan televisyen. Selepas Rowan menamatkan pelajaran, dia membuat keputusan untuk sekali lagi mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

Oleh yang demikian, dia telah membuat keputusan untuk mendaftar dalam satu kumpulan komedi tetap sekali lagi, disebabkan beliau gagap, beliau gagal sekali lagi. Banyak rancangan televisyen menolaknya dan beliau merasa cukup sedih, kecewa dan telah berputus asa kerana kegagalan demi kegagalan yang dilalui.

Tapi beliau tidak pernah berhenti mempercayai dirinya. Beliau adalah seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan beliau mempercayai beliau mempunyai bakat dan kemahiran dalam bidang itu.

Rowan kemudiannya mula memberikan fokus kepada sketsa komedi yang diciptanya sendiri dan tidak lama selepas itu, beliau menyedari yang dirinya boleh bercakap dengan fasih setiap kali memainkan peranan beberapa watak tersebut.

Beliau akhirnya menemui kaedah untuk mengatasi masalah gagap dan beliau juga berhasrat untuk menggunakan inspirasi itu dalam lakonannya.

Maka terciptalah watak seorang manusia aneh yang bernama Mr. Bean.

Walaupunpun beliau akhirnya berjaya dalam beberapa rancangan televisyen yang lain, Mr Bean membuatkan dirinya menjadi terkenal seluruh dunia. Disebalik onak duri yang penuh halangan terutamanya dari sudut penampilan dan masalah pertuturannya, Rowan Atkinson telah berjaya membuktikan bahawa walaupun dirinya tidak kacak, berbadan sasa atau berwajah Hollywood, siapa pun mampu menjadi salah seorang pelakon dan dihormati seluruh dunia.

Kisah kejayaan Rowan Atkinson ini telah memberikan inspirasi dan mendidik ramai orang bahawan untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling mustahak ialah semangat yang tinggi, kerja keras, dedikasi sertia tidak pernah berputus asa. Walaupun ada halangan dan kelemahan diri, beliau tetap harungi dan mencari kekuatan sendiri.

Tiada siapa pun yang dilahirkan sempurna, namun kita harus mencari kaedah untuk berjaya dengan cara tersendiri.

BACA:
Hanya kerana mengucapkan ‘assalamualaikum’ dekat sekumpulan pekerja, wanita ditahan pihak polis
Penggali kubur terkejut masa buat pemindahan seorang jenazah guru mengaji, masih utuh dan berbau harum
Kerap batuk dan nampak kelibat pocong, guru sekolah di sihir ibu murid gara-gara tegur anaknya malas buat kerja sekolah

Leave a Comment