TerasMalaysia

Tak sangka ini punca kenapa Cadbury pilih warna ungu untuk balut coklat keluarannya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak sangka ini punca kenapa Cadbury pilih warna ungu untuk balut coklat keluarannya. Kalau korang penggemar coklat, pasti pernah makan dan rasai kesedapan coklat bar keluaran Cadbury yang popular ini.

Coklat itu bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak mahupun remaja, ia juga sangat digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

Warna bungkusan yang menarik membuatkan coklat itu menjadi tarikan utama setiap kali dilihat tersusun rapi di rak-rak pasar raya.

Namun begitu, tahukah anda mengapa warna ungu dipilih sebagai warna bungkusan coklat itu?

Penulisan hari ini akan mendedahkan berkenaan mengapa warna ungu dipilih sebagai bungkusan coklat pilihan ramai itu.

Tak sangka ini punca kenapa Cadbury pilih warna ungu untuk balut coklat keluarannya

Selama lebih 100 tahun, coklat Cadbury telah dibungkus dengan balutan plastik berwarna ungu yang tersendiri dan menjadikan ia menonjol daripada pesaing coklat yang lain.

Syarikat gergasi pengeluar coklat itu telah menggunakan warna tersebut sejak 1914 lagi, apabila ia diperkenalkan sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria.

Cadbury juga telah diberi waran diraja oleh Raja pada Februari 1854 seterusnya menjadikan syarikat itu sebagai pembuat koko dan coklat rasmi untuk Raja.

Rangkaian penuh ‘Dairy Milk’ kemudiannya menjadi ungu dan emas pada tahun 1920.

Antara iklan era Victoria ialah iklan yang memaparkan Ratu Victoria minum Koko Cadbury sambil duduk di atas kereta api.

Syarikat itu mula memperkenalkan warna ungu pada tahun 1914 sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria dan ia telah berada di rak kedai manisan sejak era itu.

Pada awal penjualannya, Cadbury Dairy Milk dibungkus dengan bungkusan berwarna ungu muda dengan tulisan berwarna merah.

Keluarga Cadbury adalah salah satu kuasa penggerak kedermawanan pada akhir era Victoria. Pada era itu masyarakat mencerminkan zaman perpecahan sosial dan ekonomi yang semakin meningkat.

Revolusi perindustrian telah memacu kemakmuran dan menarik berjuta-juta orang ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Namun berjuta-juta pekerja itu masih hidup dalam kemiskinan yang teruk seperti yang diceritakan dalam karya Charles Dickens dan pengarang yang lain.

Sebagai Quaker, keluarga Cadbury percaya teh, kopi dan minuman koko boleh berfungsi sebagai alternatif kepada alkohol. Aktiviti minum alkohol dilihat sebagai punca kepada kemiskinan dalam kalangan kelas pekerja.

Kilang Bournville telah dibina pada tahun 1879 dan pada tahun 1893 sebagai sebahagian daripada visi alturustik syarikat telah menyaksikan pembukaan sebuah kampung.

Kampung perumahan seluas 120 ekar itu dibuka untuk pekerja di kilang tersebut.

Inginkan hak ‘trademark’ warna ungu
Syarikat itu kemudiannya ingin menanda dagangan warna Pantone 2865c pada 2013. Tetapi proses itu gagal dalam kes ujian yang dibawa oleh pesaingnya dari Switzerland.

Sementara cabaran terhadap Cadbury itu dibawa oleh Nestle, kesan daripada kes itu telah bermakna mana-mana pasar raya atau pesaing boleh menggunakan ‘Cadbury purple’ pada produk mereka.

Keputusan itu boleh menyebabkan pelbagai produk peniru untuk mencuba dan memanfaatkan kejayaan bar Dairy Milk dan produk lain, seperti Crispello dan Heroes.

Namun keputusan mengejutkan oleh Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun itu telah memihak kepada Cadbury. Cadbury akhirnya memenangi kes itu pada semua peringkat awal pertarungan undang-undang.

Berikutan kemenangan pada peringkat awal, seorang jurucakap berkata: ” Ungu ialah warna yang telah digunakan oleh Cadbury selama lebih 100 tahun dan warna itu sentiasa dikaitkan dengan Cadbury.

“Ungu adalah warna kegemaran Ratu Victoria dan adik beradik Cadbury adalah penyokong setia Ratu. Kami berusaha sedaya upaya untuk menjaga hak tanda dagangan kami. Kami berusaha untuk melindungi warna ini selama bertahun-tahun,” kata jurucakap itu.

BACA:
Tindakan kurang cerdik yang dilakukan lelaki ini membawa padah, cuba pecah tabung masjid guna tangan
”Tempat macam ni pun jadi” – Pasangan remaja ‘kantoi’ berduaan dekat kubur
Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram, siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen

Leave a Comment