TerasMalaysia

Tak sangka ini punca laut di Selat Gibraltar bersatu dipermukaan tapi terpisah aliran air

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak sangka ini punca laut di Selat Gibraltar bersatu dipermukaan tapi terpisah aliran air.

PERNAHKAH anda melihat gambar atau video mengenai dua lautan yang seakan terpisah seolah-olah ada penghalang yang memisahkan keduanya?

Melihat keajaiban tersebut, bukan sahaja masyarakat dunia yang merasa takjub, bahkan para saintis juga membuat kajian mendalam mengenai perkara itu.

Terletak di Selat Gibraltar, dua lautan yang bertemu tetapi tidak pernah menyatu memiliki warna yang berbeza ini sebenarnya adalah daripada jenis air laut yang berbeza, satu air laut dan satu lagi ialah air tawar.

Selat Gibraltar ini merupakan pertemuan antara Laut Mediterranean dengan Laut Atlantik, atau secara tepatnya negara Morocco dan Sepanyol.

Menurut sains, fenomena yang dipanggil sebagai halocline ini terjadi menyebabkan berlakunya gradasi warna pada air laut sehinggakan ia nampak seperti terbelah.

Tak sangka ini punca laut di Selat Gibraltar bersatu dipermukaan tapi terpisah aliran air

Secara mudahnya disebut sebagai ‘tegangan permukaan’.

Halocline menjadikan air laut nampak seolah-olah terbelah akibat pertemuan antara air yang kandungan garamnya lebih rendah dengan air yang kandungan garamnya lebih tinggi.
Fenomena luar biasa ini turut berlaku di beberapa tempat termasuklah di Mesir yang mana air dari Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Seorang profesor dari University of California-Santa Cruz, Ken Bruland pernah menyatakan kedua-dua lautan ini mungkin akan bergabung, cuma proses yang diambil untuk ia berlaku adalah perlahan namun secara berterusan membawa kepada penafian atas dakwaan bahawa kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung.

Sempadan yang tercipta antara kedua lautan ini boleh juga berubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.

Sebagai Muslim, pastinya perkara ini tidak janggal dalam kehidupan kerana ia merupakan salah satu bukti kekuasaan ciptaan agung ALLAH SWT yang telah menciptakan langit dan bumi ini.

Fenomen laut terpisah ini juga termaktub dalam kitab suci al-Quran:

  1. Ayat ke-53 surah Al-Furqan:

“Dan DIA-lah yang mengalirkan berdampingan dua laut, yang ini tawar segar dan yang lain masin pahit dan DIA menjadikan antara keduanya pemisah dan batas yang menghalangi (percampuran keduanya).”

  1. Ayat 19, 20 dan 21 surah Ar-Rahman:

“DIA membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dapat melampaui oleh masing-masing. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Kisah pemisahan air laut daripada dua lautan berbeza ini membuktikan al-Quran juga telah dilengkapi dengan ilmu kelautan atau oseanografi sejak sekian lama. Ilmu berkenaan perkara ini telah wujud jauh lebih lama dalam al-Quran sebelum penjelajahan dan kajian ke atas lautan dilakukan oleh manusia secara rasmi.

Bagaimana mungkin al-Quran direka oleh Nabi Muhammad SAW jika baginda sendiri hanya tinggal di padang pasir dan tidak bergerak ke mana-mana melalui jalan laut pada ketika itu. Ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran itu jauh lebih terkehadapan dan sebagai satu tanda bahawa ia adalah bukti kebesaran ALLAH SWT.

BACA:
Wanita mempunyai 13 anak patung menyerupai bayi nyata, berhabis sebanyak RM34,000 demi minat yang pelik
Model cantik rela berhenti kerja, kahwin dengan pemandu lori dan jadi suri rumah sepenuh masa
Ini rupanya sejarah kenapa plat Perak mula dengan huruf A, ada kena mengena dengan pemilik kereta yang pertama

Leave a Comment