TerasMalaysia

Tak Sangka Orang Besar Menara KL Pun Dicekup SPRM

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak Sangka Orang Besar Menara KL Pun Dicekup SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua orang pengarah kanan syarikat bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur.

Kedua-dua pengarah syarikat bergelar Datuk berusia antara 49 dan 59 tahun ditahan lewat petang tadi di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut sumber, salah seorang daripada suspek tersebut ialah pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL. Manakala seorang lagi merupakan ahli perniagaan berjawatan pengarah syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pengambilalihan syarikat tersebut bagi pihak orang atasan.

Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada “orang atasan” bagi membantu pengambilalihan tersebut.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia.

Tak Sangka Orang Besar Menara KL Pun Dicekup SPRM

Beberapa saksi termasuk pegawai Kanan Telekom, UKAS, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau enggan mengulas lanjut dan berharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan ini.

BACA:

Mayat Kanak-Kanak OKU Ditemui Dalam Semak Dibunuh Kekasih Ibu

Terbongkar Akhirnya. Syamsul Yusof Mengaku Dah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand.

ASB Buka Rahsia Tentang Dividen Setiap Tahun Yang Buat Orang Ramai Terkejut

Leave a Comment