Tak Sangka Pula Ini Yang Terjadi Selepas Lelaki Ini Sengaja Cari ‘Roadblock’ Semata-Mata Nak Tunjuk MyJPJ
Pelaksanaan sistem salinan lesen memandu dan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ yang baru diperkenalkan oleh kerajaan mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat.
Disebabkan itu, ramai yang ingin mencuba aplikasi baru ini sama ada ia berfungsi atau tidak.
Sama seperti seorang lelaki ini apabila dia sehingga sanggup mencari roadblock demi untuk mencuba sistem terbabit telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama dengan seorang rakan telah membuat keputusan untuk meronda di beberapa kawasan bagi mencari ‘roadblock‘ semata ingin mencuba keberkesanan aplikasi tersebut.
Rakaman berdurasi 35 saat itu kemudian kedengaran suara penguat kuasa memuji usahanya yang menyahut inisiatif Kementerian Pengangkutan tanpa perlu memeriksa cermin kenderaan pada bahagian hadapan.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai sistem tersebut.
Baca : Selamat Tinggal Anjing, Polis Sekarang Menggunakan Tupai Untuk Mengesan Dadah