TerasMalaysia

Tak sangka, rupanya ada cara paling senang nak hantar gambar resolusi tinggi guna Whatsapp yang ramai tak tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak sangka, rupanya ada cara paling senang nak hantar gambar resolusi tinggi guna Whatsapp yang ramai tak tahu.

Kebiasaannya orang ramai akan menggunakan alternatif seperti Telegram atau bagi pengguna iPhone, platform AirDrop untuk menghantar gambar kerana kualiti akan lebih baik.

Namun, cara sebegini kebiasaannya akan terasa renyah untuk dilakukan, harus dua kali kerja pula untuk proses yang sepatutnya mudah.

Walaupun begitu, kini anda tidak perlu lagi risau kerana ada tip sebenarnya untuk membolehkan anda menghantar gambar melalui WhatsApp tanpa menjejaskan kualitinya.

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh AF7ECH, gambar yang dihantar secara terus melalui WhtatsApp akan pecah kerana adanya proses pemampatan (compression).

Tak sangka, rupanya ada cara paling senang nak hantar gambar resolusi tinggi guna Whatsapp yang ramai tak tahu

Ayuh kita lihat teknik yang dikongsikan oleh AF7ECH itu.

Nota tambahan, teknik yang dikongsikan tersebut adalah khusus untuk pengguna telefon pintar iPhone, jangan sedih-sedih ya.

  1. Pilih gambar yang ingin dihantar

Buka ‘Photos’ dan pilih mana-mana gambar yang diingini.

  1. Tekan butang ‘Share’

Pada bahagian bawah gambar itu, tekan butang ‘Share’. Kemudian, tekan butang ‘Save to files’.

  1. Buka WhatsApp

Seterunya, kembali semula ke WhatsApp. Pergi ke ‘Chat’ yang anda ingin hantar gambar tersebut.

Tekan butang ‘+’ dan kemudian tekan butang ‘Document’.

Cari gambar yang anda sudah masukkan ke dalam ‘File’ sebentar tadi, Apabila sudah jumpa, buka gambar berkenaan dan tekan butang ‘Send’ untuk menghantar gambar itu.

BACA:
Biadap yang membawa padah, individu selamba hina dan ugut Sultan Selangor gara-gara tak setuju titah baginda
Nampak biasa kerja tarik kabel, tak sangka rupanya warga Bangladesh ini mempunyai kelulusan yang sangat tinggi
“Aku terkejut masa tengah scroll-scroll twitter, aku tak sangka kakak aku berperangai macam tu, dia sangat alim!”

Leave a Comment