Tak sangka, rupanya ada pesawat lagi besar pernah terhempas di Elmina Shah Alam pada tahun 1977

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak sangka, rupanya ada pesawat lagi besar pernah terhempas di Elmina Shah Alam pada tahun 1977

Ketika orang ramai memberi perhatian kepada berita pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam petang semalam, ada fakta menarik yang dikongsikan oleh netizen. Rupanya ini bukan kali pertama kejadian pesawat terhempas berlaku di lokasi tersebut.

Menurut wikipedia, sebelum ini pada 27 September 1977, Pesawat Japan Airlines pernah terhempas di lokasi yang sama.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 tersebut terhempas berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Ia membawa sepuluh anak kapal dan 69 penumpang. Kemalangan ini merupakan kemalangan pesawat kedua terbesar di Malaysia pada masa kejadian.

Pesawat tersebut mula mendarat, dan turun di bawah ketinggian minimum 750 kaki, kemudian pada ketinggian 300 kaki, ia jatuh ke sisi bukit 4 batu dari lapangan terbang, berhampiran sebuah ladang yang bernama Ladang Getah Elmina. Pesawat hancur akibat hentaman, tanpa kebakaran.

Kemalangan tersebut mengorbankan 34 orang: lapan daripada 10 anak kapal dan 26 daripada 69 penumpang.

Empat puluh lima yang terselamat, di antara penumpang dan anak kapal, dibawa ke hospital. Serpihan dari nahas itu dapat dijumpai di tanah di sekitar ladang tersebut hingga 2011.

Sebahagian besar tanah tersebut kini telah dijadikan sebagai kawasan pembangunan.

Bukan tiga tetapi sekurang-kurang sembilan mangsa termasuk penunggang motosikal terbabit dalam tragedi pesawat terhempas.

Difahamkan seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada di dalam pesawat. Turut dipercayai terdapat seorang kenamaan turut berada dalam pesawat malang itu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pesawat itu dari Langkawi menuju ke Subang.

Baca : Pesawat dari Langkawi terhempas di Elmina Shah Alam

Leave a Comment