Tak Tahan Nak Membuang, Aunty Ni Tinggalkan Surat Berserta Duit Pada DBKK
Baru-baru ini, tular sebuah kisah yang menceritakan seorang aunty disaman kerana meletakkan keretanya sembarangan telah mencuri tumpuan.

Selamba tampal duit RM1 atas cermin kereta sebab tak tahan nak membuang
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang aunty daripada Singapore terpaksa meletakkan kenderaannya di bandar Kota Kinabalu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila aunty itu dilihat menampal duit kertas RM1 dan nota lucu pada cermin.
“Please dont saman me boss, i have to go pangsai (berak). Sorry ah”, tulisnya.

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila pihak berkuasa terpaksa menyaman aunty
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 972 tanda suka, 170 komen dan 506 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:



Kerana Pemandu Lori Ini, Habis Semua Kereta Kena Sondol