TerasMalaysia

Tak tahu suami sebenarnya jutawan, segalanya terbongkar lepas isterinya failkan penceraian

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tak tahu suami sebenarnya jutawan, segalanya terbongkar lepas isterinya failkan penceraian. Seorang wanita di Shanghai mendapati bekas suaminya seorang jutawan yang menyembunyikan harta berjumlah 100 juta yuan (RM64 juta) selama 20 tahun untuk mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian, lapor portal berita VN Express hari ini.

Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia ialah seorang jutawan, demikian menurut akhbar South China Morning Post.

Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya yang memiliki nama keluarga Qin itu terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Mahkamah pada mulanya menolak permohonan cerai Hong.

Tak tahu suami sebenarnya jutawan, segalanya terbongkar lepas isterinya failkan penceraian

Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan perceraian mereka.

Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong.

Di mahkamah, Qin berkata, dia berbuat demikian kerana Hong tidak menyumbang apa-apa kepada kekayaannya.

Menjawab hujah itu, mahkamah memutuskan pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah perbuatan haram. Pihak mahkamah mengarahkan wanita itu memulangkan aset tersebut kepada Qin.

Ini adalah supaya ia akan dapat dikongsi dengan Hong kerana haknya di sisi undang-undang demi kebahagiaan bersama.

BACA:
Wanita meroyan mahu kahwin lain lepas sah menjadi isteri kepada suaminya
Pemandu Grab ‘sound’ pelanggan hanya kerana tempahan yang dibuat jaraknya terlalu dekat
Tak sangka ini punca kenapa Cadbury pilih warna ungu untuk balut coklat keluarannya

Leave a Comment