TerasMalaysia

Takut buah mangga yang bernilai RM1,173 dikebas orang, pasangan sanggup upah 4 orang pengawal dan 6 ekor anjing

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Takut buah mangga yang bernilai RM1,173 dikebas orang, pasangan sanggup upah 4 orang pengawal dan 6 ekor anjing. Bimbang dan ingin elak buah mangga termahal di dunia dicuri, sepasang suami isteri nekad upah empat orang pengawal keselamatan dan enam ekor anjing untuk menjaganya.

Maklumlah buah mangga jenis ini jarang-jarang ditanam di India dan harga juga sangat mahal. Oleh sebab itu pemilik pokok ini nekad bertindak sedemikian rupa.

Suami Isteri Nekad Upah 4 Pengawal Keselamatan 6 Anjing

Berikutan buah mangga premium Miyazaki Jepun termahal di dunia ditanam di Jabalpur India, pemiliknya terpaksa menggunakan khidmat enam ekor anjing menjaga tanaman tersebut.

Kisah menarik ini menjadi tular di laman sosial apabila pasangan suami isteri, Rani dan Sankalp Parihar turut mengupah empat pengawal keselamatan bagi melindungi dua pokok mangga yang kini sedang berbuah dalam kuantiti tujuh biji dan setiap satunya dianggarkan berharga Rs 21,000 (RM1,173), lapor Hindustan Times.

Takut buah mangga yang bernilai RM1,173 dikebas orang, pasangan sanggup upah 4 orang pengawal dan 6 ekor anjing

Dua pokok itu telah ditanam beberapa tahun lalu setelah mereka membeli dari seorang lelaki ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Chennai.

Elak Buah Mangga DiCuri
Pada mulanya, Parihars terkejut apabila mendapati pokok mangga itu mengeluarkan buah dengan warna, saiz berbeza dari kebiasaan dan menyedari buah tersebut adalah yang paling mahal di dunia serta jarang ditemui.

Justeru, mereka nekad untuk mengupah pengawal keselamatan bersama anjing bagi mengelakkan buah berkenaan dicuri serta mengekalkan kualiti.

Mereka juga dikatakan mahu melindungi mangga tersebut agar dapat menghasilkan lebih banyak anak pokok pada masa akan datang.

BACA:
Bapa terkejut anak jadi mangsa gangguan seksual masa bermalam di rumah PU Azman
“Sanusi ditahan kerana salah kecil” – Hamzah anggap pihak berkuasa ‘double standard’ isu kumpulan The 1975?
Jemaah haji rupanya ‘mak ayam’, memiliki gerai makan yang menawarkan khidmat ‘seks’ kepada pelanggan

Leave a Comment