Takut Dengan Getah, Gelagat Budak Ini Mencuit Hati Netizen
Setiap orang pasti akan ada perasaan fobia dengan sesuatu bukan? Misalnya sebagai contoh fobia dengan laut yang digelar Thalasophobia. Fobia ini adalah fobia yang takut dan cemas apabila melihat kedalaman dan keluasan laut.
Fobia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main. Hal ini kerana, ia juga boleh menganggu kestabilan mental seseorang akibat ketakutan yang melampau.
BACA: Isteri Hilang Pertimbangan Selepas Terjumpa “Sesuatu” Dalam Telefon Bimbit Milik Suami
Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis ketakutan kerana takut dengan getah telah meraih perhatian ramai.
Nampak je getah, terus auto menangis sebab takut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nor_alrayyan, kelihatan dia sedang merakam reaksi anaknya ketika sedang makan.
Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah terdapat segenggam getah berhampirannya yang membuatkan dia menangis ketakutan. Situasi itu membuatkan ramai berasa pelik kerana baru pertama kali melihat seseorang yang takut dengan getah.
Rupa-rupanya fobia dengan getah ini memang wujud dan digelar sebagai Astihophobia.
Sunguh tak sangka memang ada rupanya fobia dengan getah!