Takut gambar bersama dengan suami orang tular, kekasih gelap minta pendapat nak saman isteri

Takut gambar bersama dengan suami orang tular, kekasih gelap minta pendapat nak saman isteri. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga diganggu penyondol sehingga ada yang sudah ‘tidur’ bersama.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang menerima mesej daripada seorang wanita yang mahu meminta pandangan mengenai situasinya.

Menerusi mesej yang dikirim, wanita itu mengakui pernah mempunyai hubungan sulit dan tidur bersama suami orang.

Takut gambar bersama dengan suami orang tularkekasih gelap minta pendapat nak saman isteri

Namun, apa yang membimbangkan dirinya apabila isteri kepada suami tersebut mempunyai gambar mereka berdua dan khuatir jika ianya ditularkan.

Wanita itu bertanyakan, bolehkah dia bertindak mengambil tindakan undang-undang jika si isteri menularkan dirinya di media sosial.

Kata wanita itu lagi, dia dan kekasihnya itu sudah setengah tahun berpisah serta meminta mendapat bolehkah dia mahu saman si isteri jika perkara itu terjadi.

Seperti sudah disangka rata-rata netizen mengecam wanita berkenaan yang mahu menyaman si isteri selepas kantoi tidur dengan suaminya.

Dalam pada itu, ada yang memberi pendapat jika si isteri menularkan gambar tersebut wanita itu boleh membuat saman malu namun dia boleh disaman semula kerana menganggu keharmonian rumah tangga.

BACA:

Cara tukar duit kertas dengan mudah dan tak payah beratur dekat bank, paling senang

Kajian menunjukkan tahap kesuburan lelaki di Malaysia amat rendah dan merisaukan

Ibu cemas tak jumpa anak lepas kelas mengaji tamat.. Rupa-rupanya ini yang terjadi..

Leave a Comment