Takut kehilangan rambut yang banyak, lelaki ini buat langkah awal dengan mencacah tatu rambut didahinya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Takut kehilangan rambut yang banyak, lelaki ini buat langkah awal dengan mencacah tatu rambut didahinya. Masalah rambut yang nipis atau gugur sering menjadi mimpi ngeri buat para wanita dan lelaki di luar sana.

Walaupun berwajah lawa dan kacak, namun kalau tak ada rambut, susah nak jadi yakin ketika berdepan orang ramai terutamanya buat kaum Adam sebab tak semua orang sesuai dengan gaya kepala botak.

Namun, seorang lelaki di Itali pula berfikiran luar kotak apabila dia mencacah tatu rambut depan pada bahagian dahinya gara-gara kepalanya mula botak.

Menurut Daily Mail UK, pelukis tatu iaitu Maria Gina Altobelli telah merakam proses melukis tatu dengan design rambut depan atau fringe itu pada dahi pelanggannya yang dikenali sebagai Gianluca.

Maria mengakui bahawa permintaan pelanggannya itu lain daripada yang lain dan pada mulanya dia sendiri tak pasti jika ia merupakan idea yang baik.

Takut kehilangan rambut yang banyak, lelaki ini buat langkah awal dengan mencacah tatu rambut didahinya

Namun, kerana Gianluca tetap mahukan tatu tersebut, Maria buat juga tatu seperti yang diminta.

Selepas selesai, Gianluca pula melihat wajahnya di cermin untuk melihat ‘rambut’ barunya dan sangat mengejutkan apabila dia dilihat menitiskan air mata.

Namun, tak dapat dipastikan bahawa air matanya itu akibat terlalu gembira dia kembali mempunyai rambut atau kerana sedih tatunya tidak seperti yang diinginkan.

Video proses mencacah tatu unik itu kemudiannya telah dimuat naik di TikTok dan ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang bersimpati dengan lelaki itu sebab katanya tatu tu nampak pelik dan tak sesuai.

@gipsygtattooer

Il mio cliente ha sempre sognato la frangetta ed io ho esaudito il suo desiderio 💖

♬ Furore – Paola & Chiara

BACA:

Memiliki dua isteri dan 23 orang anak, lelaki bawa bas mini pergi beraya rumah saudara mara

Aku seronok kerja dekat situ, tapi sebabkan perangai kau, aku jadi tak ikhlas nak buat semua benda

Aku pegang tangan mak untuk menenangkan perasaannya, dalam kepala aku, aku seakan tahu apa benda yang jadi

Leave a Comment