Tandas awam paling cantik di dunia, lengkap dengan meja solek dan kerusi menunggu untuk pengguna

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tandas awam paling cantik di dunia, lengkap dengan meja solek dan kerusi menunggu untuk pengguna. Kalau di Malaysia, memang susah nak jumpa tandas awam yang betul-betul cantik dan bersih 100% kan. Kalau ada pun, mesti tandas tu dalam pusat beli belah yang mewah macam KLCC atau Pavillion.

Namun, tandas di pusat beli belah Nanjing di China ini pula telah dinobatkan sebagai tandas awam paling cantik di dunia!

Memetik laporan Oddity Central, tandas awam tersebut telah direka oleh X+Living, iaitu sebuah firma arkitek yang berpengkalan di Shanghai.

Apa yang membuatkan tandas tersebut lain daripada tandas awam lain di dunia ialah ia mempunyai ruang rehat yang lengkap dengan tempat duduk mewah dan selesa seperti sofa.

Selain itu, pelbagai jenis tanaman dan lampu turut menghiasi tandas awam berkenaan.

Tandas awam paling cantik di dunia, lengkap dengan meja solek dan kerusi menunggu untuk pengguna

Malah, bahagian lantai juga turut dititikberatkan sebab ia direka seperti lantai ruang tamu kediaman mewah.

Menurut designer tandas tersebut, Li Xiang, dia mahu ruang tandas itu boleh digunakan oleh semua orang untuk berehat dari kesibukan atau membetulkan mekap mereka.

Tandas ini memang terbaik sebab walaupun korang taknak masuk tandas atau masuk tandas hanya untuk teman kawan yang masuk tandas, korang tetap boleh lepak dulu di sofa yang disediakan.

Nak betulkan mekap atau rambut pun tiada masalah sebab siap ada meja, kerusi dan cermin solek yang besar lagi tau.

BACA:
Trend baru di Tiktok, tagih gift masa buat live sampai orang ramai gelar pengguna ini ‘pengemis moden’
Kecoh satu media sosial, Nur Sajat dicekup polis Australia, tuan badan buka mulut respon isu yang tular
Individu dedah pemain bola sepak hutang RM100k, siap kena maki sebab tuntut duit yang dipinjam

Leave a Comment