Tandas pelajar lelaki berkonsepkan ‘open air’, elak masalah buli dan merokok

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tandas pelajar lelaki berkonsepkan ‘open air’, elak masalah buli dan merokok.

Seorang guru, Shahrizal Sha’ri, berkongsi gambar tandas pelajar lelaki di sekolah di laman Facebook, menampilkan konsep ala-ala tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R).

Tampak luas, tandas tersebut menonjolkan konsep ‘terbuka’ (open air), mencipta suasana yang berbeza daripada kebanyakan tandas sekolah.

“Ini adalah salah satu projek tandas pelajar lelaki. Ada lagi tandas-tandas lain untuk disiapkan.

“Jika sebelum ini suasana tandas sekolah seperti sendu, ‘hauk’, dan reban ayam, ini merupakan usaha yang sangat bernilai. Pelajar lelaki tidak merasa jijik.

“Penggunaan warna biru, putih, dan coklat sebagai asasnya tampak luas. Tidak perlu dekorasi yang berlebihan, yang penting mencapai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan selesa untuk buang air besar,” tulisnya.

Tandas pelajar lelaki berkonsepkan 'open air', elak masalah buli dan merokok

Tandas tersebut diketahui terletak di SMK Kulai Besar, Johor.

Setakat ini, perkongsian guru ini telah meraih 672 kongsi di Facebook serta menerima komen pujian daripada pengguna media sosial.

“Sokong sangat dengan tandas open macam ni. Tak ada lagi masalah ahli mesyuarat tandas.

“Bagusnya tandas macam ni… mengurangkan masalah bau.

“Bagus tandas macam ni… boleh mengelakkan merokok, ponteng sekolah, dan pergaduhan,” antara komen-komen netizen.

Dalam hantaran yang berasingan, guru ini juga memuat naik gambar tandas pelajar perempuan yang sedang mengalami proses penambahbaikan dan peningkatan.

Sebagai catatan, sebelum ini media melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja penyelenggaraan tandas.

Menterinya, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa kementerian memberi tempoh tiga bulan kepada semua sekolah untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti tersebut.

FACEBOOK

BACA:
Cara mudah nak segarkan kembali lepas makan petai, barulah nafas dan tandas tak berbau
Naik kereta T20 tapi perangai tak semenggah, selamba kencing dekat tiang parkir mall
Rasa kenyal masa kunyah, lelaki rasa mual lepas jumpa bangkai cicak dalam inti samosa

Leave a Comment