Tanpa segan silu, budak berusia 6 tahun selamba hisap vape dekat kedai makan.
Maklumat tentang seorang budak lelaki yang dengan tanpa ragu-ragu menghisap vape secara terbuka di dalam sebuah restoran telah menjadi viral di media sosial.
Dalam video berdurasi 20 saat itu, budak lelaki tersebut kelihatan duduk bersama beberapa orang dewasa di meja yang sama.
Tindakan tanpa segan silu budak tersebut yang menghisap vape di hadapan orang ramai tidak mendapat perhatian atau teguran dari individu yang berada di sekelilingnya.
“Pelik rasanya, budak tu hisap vape depan orang ramai tanpa rasa malu dan takut. Seolah-olah perkara macam ni dah jadi kebiasaan,” kata seorang pengguna media sosial.
Video berkongsi insiden tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, yang kebanyakannya terkejut melihat seorang budak yang begitu muda sudah terlibat dalam penggunaan vape.
Terdapat juga kritikan terhadap ibu bapa atau penjaga budak tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana tidak menghalang anak mereka dari terlibat dalam tabiat yang tidak baik.
Dalam hantaran tersebut, pengguna media sosial juga menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah satu lagi akta yang mengawal penjualan rokok dan vape kepada remaja yang berusia di bawah 16 tahun.
Sementara itu, netizen berharap agar pelaksanaan dasar Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Perokok (GEG) dapat dilaksanakan secepat mungkin, dengan harapan generasi baharu dapat dibebaskan dari pengaruh produk nikotin.
Video ni ayah rakam sendiri malam tadi di Restoran Hakim.Tengok sendiri budak seusia 6 tahun dah pandai isap Vape.Isap pulak depan orang ramai tanpa rasa malu dan takot.Seolah2 perkara macam ni dah jadi kebiasaan
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) November 14, 2023
Bila @DrZalihaMustafa KKM nak buat satu akta baru nak kawal… pic.twitter.com/KszQpgX9i2