TerasMalaysia

Tarikh Bayaran BKK 2023 Telah Diumumkan Oleh Kerajaan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tarikh Bayaran BKK 2023 Telah Diumumkan Oleh Kerajaan

Pada 17 Jan 2023, Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 akan dibayar kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.

JPA turut memuat naik surat edaran yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022.

Menurut surat pekeliling tersebut, BKK tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Ia juga layak dibayar kepada pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP) yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.

Sumber

Jakel Shah Alam Hangus Dijilat Api. 80 Peratus Musnah Terbakar !! (VIDEO)

Leave a Comment