TerasMalaysia

Tatu ketua mafia terpadam masa dijirus air kapur barus, sempat bertaubat sebelum meninggal dunia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tatu ketua mafia terpadam masa dijirus air kapur barus, sempat bertaubat sebelum meninggal dunia

Hidayah adalah nikmat daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang berusaha untuk mendapatkannya dengan berpegang teguh kepada syariat. Seruan kepada hidayah telah diterjemahkan melalui solat yang sering diulang-ulang dalam surah al-Fatihah bermaksud tunjukkan kami jalan yang lurus.

Justeru, hidayah dianggap nikmat yang besar kerana tanpanya manusia akan tergolong daripada kalangan yang dimurkai Allah SWT. Hidayah akan menjelma hasil daripada usaha gigih dilakukan serta keinginannya terhadap ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Seburuk mana pun seseorang hamba melakukan khilaf dan dosa sepanjang hidupnya, Allah sentiasa membuka luas pintu taubat. Terkadang hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Ada yang akan tersungkur teruk dalam hidup, barulah jiwa menjadi rindu untuk kembali merintih kepada Allah Yang Maha Esa.

Beberapa hari lalu, kisah yang dikongsikan oleh Saudara At Turabi Daud menerusi Facebook cukup menjentik hati ramai. Saat menguruskan seorang lelaki dipercayai berstatus bekas ketua mafia, mereka menyaksikan satu kejadian ajaib di mana kesan tatu di badan lelaki itu terpadam setelah dimandikan dengan air kapur barus.

Sepanjang hidupnya, Allahyarham dikatakan banyak melakukan kegiatan jenayah, dipenjarakan dan ditetapkan menerima hukuman mandatori. Keluarga sendiri sudah membuangnya lantaran sikap buruk dan trauma yang pernah diberi. Namun ketika menjadi banduan, dia sedaya upaya melakukan taubat nasuha bahkan sehingga menjadi imam di sebalik tirai besi.

Harinya tiba untuk jalani hukuman, lelaki itu tiba-tiba tersadung saat menuju ke bilik hukuman lantas menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan pada bahagian leher. Sesungguhnya Allah Maha Besar, dari kejadian ini Dia menunjukkan kebesarannya dan bukti bahawa taubat setiap hamba pasti diterima jika seseorang itu sebenar-benarnya bertaubat.

Sumber

Baca : Tak puas hati anak didera, bapa naik angin cekik dan tumbuk pengasuh berkali-kali

Leave a Comment