TerasMalaysia

Tekak nelayan ini parah, ada ‘benda’ tiba-tiba meloncat masuk mulut masa tengah memancing

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tekak nelayan ini parah, ada ‘benda’ tiba-tiba meloncat masuk mulut masa tengah memancing. Seorang lelaki yang juga merupakan seorang nelayan di wilayah Kien Giang di Vietnam, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas seekor ikan puyu melompat masuk ke dalam kerongkongnya

Di hospital, dia perlu mendapatkan bantuan perubatan apabila ikan puyu di dalam kerongkongnya itu mempunyai duri yang mencederakan tekaknya dan menyebabkan pendarahan.

Menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku, lelaki berkenaan cuba menangkap ikan apabila tiba-tiba keadaan bertukar kucar-kacir dan haiwan akuatik itu terpelanting masuk ke dalam mulutnya yang sedang terbuka.

Ikan itu hanya bersaiz kecil dan lelaki itu cuba menariknya keluar tetapi sebaliknya ikan itu hanya ditolak lebih jauh masuk ke dalam kerongkong.

Pesakit itu menerima rawatan kecemasan di pusat perubatan Daerah Giong Rieng, Vietnam.

Tekak nelayan ini parah, ada 'benda' tiba-tiba meloncat masuk mulut masa tengah memancing

Ketua jabatan otorinolaringologi pusat itu, Dr Nguyen Hoang Quy memaklumkan ikan itu sudah mati apabila dikeluarkan dari kerongkong pesakit berkenaan.

Kerongkong pesakit itu mengalami kecederaan teruk dan dia perlu dirawat selama beberapa hari untuk pulih sepenuhnya sebelum pesakit dibenarkan keluar.

“Saya suka menangkap ikan sejak kecil, tetapi saya tidak pernah menghadapi situasi seperti ini,” kata lelaki itu dalam satu kenyataan melalui laporan media tempatan.

BACA:
Bersepah-sepah dekat lantai, budak tingkat atas main ludah sampai masuk dalam air pelanggan
Tak bertudung dan berpakaian seksi, individu dedah ‘influencer’ terkenal berubah masa bercuti dengan kawan
Isteri terkilan suami lari bawa perempuan lain bersama, jual kereta dan bawa lari duit simpanan miliknya

Leave a Comment