TerasMalaysia

Tengah khusyuk buat kerja, lelaki tak perasan ada pocong dibalik pintu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tengah khusyuk buat kerja, lelaki tak perasan ada pocong dibalik pintu

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan penampakan kelibat dipercayai Pocong di sebuah ladang ayam.

Video perkongsian penampakan itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @sinweywey di akaun miliknya.

Berdasarkan pemerhatian dalam video tersebut, dapat dilihat kelibat entiti berwarna putih yang berbungkus sedang berdiri tegak di satu ruangan dalam ladang ayam tersebut.

Pekerja itu hanya sedar selepas melepasi entiti itu yang kemudian melompat-lompat di sebelah kanannya. Dek terlalu terkejut, pekerja tersebut cuba menghalau entiti berkenaan menggunakan peralatan yang sedang dipegangnya.

Namun ternyata usahanya hanya sia-sia apabila entiti berkenaan terus berdiri. Pekerja tersebut kemudian bertindak melarikan diri kerana terlalu takut.

Bagaimanapun, lokasi sebenar ladang ayam tersebut tidak dinyatakan, namun dipercayai berlaku di Indonesia.

Rata-rata warga maya turut melahirkan rasa seram selepas melihat video berkenaan. Dalam pada itu, ada yang mengatakan bahawa pocong sememangnya sering kelihatan di ladang ayam.

Sumber

Baca : ‘Booking’ guna Traveloka untuk bermalam, lelaki terkejut rupanya hotel sudah lama tutup

Leave a Comment