Tengah panaskan minyak, Iphone tuan badan terjatuh dalam kuali, bunyi goreng tu seram

Tengah panaskan minyak, Iphone tuan badan terjatuh dalam kuali, bunyi goreng tu seram

Menerusi rakaman yang tular, seorang peniaga mahu menunjukkan cara menggorengnya secara deep fry (ayam tenggelam dalam minyak panas).

Dia menjelaskan, penggunaan minyak yang banyak sehingga ayam terendam adalah teknik menggoreng untuk gorengan yang maksimum.

“Ni minyak, ni ada air timbul dah. Nampak separuh daripada air yang masuk tadi dah timbul dah. Timbul atas minyak tu. Kita perlahankan sikit api, jangan deras,” katanya.

Namun ketika hendak memperlahankan api, telefon pintar yang digunakan untuk membuat rakaman tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk yang berisi minyak panas.

Klip rakaman bertukar gelap dan hanya kedengaran bunyi minyak menggelegak, disusuli bunyi seperti air mendidih.

Tidak lama kemudian, telefon berkenaan berjaya diangkat semula dari minyak panas.

Apa yang menarik perhatian adalah peranti tersebut terus ‘bekerja’ membuat rakaman meskipun pandangan kelihatan kabur sebaik ia dikeluarkan dari periuk.

Malah, telefon yang terjatuh dan tenggelam dalam periuk berisi minyak panas itu masih berfungsi dengan baik dan mampu kembali meneruskan rakaman secara jelas.

“Terima kasih iPhone kerana barang anda memang puas hati,” tulis peniaga ayam goreng tu menerusi keterangan video yang kini meraih banyak tontonan di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terkejut dengan kejadian itu, malah kagum kerana dapat melihat sendiri suasana sebenar apabila berada dalam rendaman minyak panas.

Malah, segelintirnya turut memuji ketahanan telefon pintar berkenaan yang masih boleh digunakan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keadaan telefon selepas ia terjatuh dalam periuk berisi minyak panas, dia mengesahkan peranti itu masih berfungsi dengan baik.

“Saya pakai 13 Pro. Alhamdulillah telefon boleh guna macam biasa. Cuma speaker je bunyi lain sikit,” katanya secara ringkas menerusi akaun TikTok @zaiem_ainn.

Sumber

Baca : Rupanya kulit telur boleh dijual dengan harga yang tinggi untuk baja organik, tapi ramai tertipu

Leave a Comment