Tengah sedap makan nasi lemak yang dibeli rakan, lelaki terkejut jumpa lauk ‘extra’ terselit bawah nasi. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ameerul Hayat berkongsikan kisah yang terjadi kepadanya apabila mahu makan nasi lemak yang dilbeli oleh rakan isterinya.
Biasanya nasi lemak akan ada lauk sambal tumis, telur rebus potong, ikan bilis, kacang goreng, dan timun dalam satu hidangan yang biasa.
Namun begitu, kadang-kadang penjual nasi lemak juga akan ada memberi pilihan untuk menambah lauk-lauk lain seperti ayam, ikan, sotong, paru, kerang dan sebagainya.
Berbalik kepada perkongsian lelaki ini, apabila dia membuka bungkusan nasi lemak dan mahu dimakannya, tiba-tiba sahaja dia ternampak satu plastik kecil yang berisi duit RM5 di dalamnya dan membuatkan lelaki ini terkejut besar.
Lelaki ini pun terus memberitahu isterinya mengenai nasi lemak tersebut.
“Nasi lemak ini dibeli rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila buka ada duit, saya terkejut. Terus WhatsApp hantar gambar dan tanya bini, apa maksudnya? Bini saya jawab mungkin peniaga tersebut nak bersedekah sebab duit itu terletak elok dalam plastik takut kotor kena sambal,” katanya.
Menurut isterinya lagi, rakannya telah membeli nasi lemak di gerai terbabit sebanyak 3 kali dan ini adalah kali pertama ada duit terselit di dalamnya.
Peniaga nasi lemak itu dipercayai berbuat demikian dengan niat mahu bersedekah. Hal ini kerana duit itu diletakkan dalam keadaan baik dalam plastik kecil yang terselit dalam bungkusan nasi lemak.
“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mendoakan agar perniagaannya semakin maju,” kata lelaki ini lagi.
Baru-baru ini seorang netizen juga pernah mengalami keadaan yang lebih kurang sama apabila a mendapati ada nota RM5 dalam nasi lemak yang dibelinya.