Tengah sedap menjamu selera makanan ‘hits’ di Korea, gadis terkejut tengok kepala babi sebelah mangkuk makanan
Fenomena ‘Hallyu’ atau Gelombang Korea mula sejak 20 tahun lalu menerusi drama, filem dan muzik pop popular mereka.
Langkah ini ternyata membuahkan hasil apabila bukan sahaja drama, filem dan muzik pop mereka menjadi kegilaan bahkan hidangan Korea Selatan turut digemari ramai.
Percutian ke Korea Selatan pastinya tidak lengkap jika tidak merasai keenakan makanan jalanan dan juadah di kedai serbaneka mereka.
Pun begitu, pencarian makanan halal di sana bukanlah sesuatu benda yang mudah. 2 gadis yang merupakan sahabat baik ini juga berkesempatan melancong ke negara indah tersebut. Akui proses mencari makanan halal itu agak sukar, akhirnya mereka menemukan sebuah gerai kecil dalam sebuah kawasan pasar makanan besar.
Selain air, mereka turut memesan menu Kaki Ayam Pedas Manis yang juga dikenali sebagai Dakbal di kalangan rakyat Korea. Jelas Putri Andani, Dakbal adalah salah satu makanan popular di sana dan mereka memuji keenakan makanan tersebut setelah merasainya sendiri.
Pun begitu, dari awal mereka tidak sedar sebenarnya gerai terbabit turut menjual makanan berasaskan usus dan juga kepala khinzir. Lebih mengejutkan, makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam itu rupanya berada betul-betul di sebelah bekas kaki ayam tadi. Namun mereka tidak menyalahkan Ahjumma penjual itu kerana ia cuma disedari selepas habis makan.