
Terbongkar Akhirnya. Syamsul Yusof Mengaku Dah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand.
Syamsul Yusof akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini.
Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, sebentar tadi.
Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.
Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand.
“Pada akhirnya, saya kena letakkan noktah tentang hal rumah tangga yang tidak sepatutnya saya kongsikan di media sosial,” katanya.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berlarutan selepas wanita itu mendedahkan tentang kehadiran orang ketiga yang menganggu rumah tangga mereka.
Syamsul dan Ira bagaimanapun, sebelum ini mengunci mulut tentang hubungan mereka dan sering mengelak apabila disoal berkenaan perkara itu.
Dalam perkongsian sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu merayu kepada Puteri Sarah agar menghentikan tindakannya membuka cerita rumah tangga mereka kepada umum.
“Puteri Sarah masih isteri saya. Saya harap dia pulang ke rumah dan bawa anak-anak untuk selesaikan isu rumah tangga kami. Fikirkanlah, saya masih suami awak.
“Saya mahu ketenangan dan ambil jalan berbincang. Sampai bila kita mahu aib mengaibkan satu sama lain. Sudah-sudahlah,” ujarnya.
Ingat Boleh Lari? Wanita Ini Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K