Tercengang ‘student’ bila lecturer sendiri terjah bilik mereka sebab tak pergi kuliah

Tercengang ‘student’ bila lecturer sendiri terjah bilik mereka sebab tak pergi kuliah

Tular di media sosial, seorang pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam telah membuat sesi ‘ziarah’ ke bilik dan rumah pelajar-pelajar yang ponteng ke kelasnya.

Menerusi perkongsian video TikTok pensyarah Hisyam Che Mat, beliau dilihat telah ‘terjah’ ke kolej dan rumah sewa (non resident) untuk bertemu sendiri dengan penuntut-penuntut yang tidak hadir ke kelasnya.

@hisyam_chemat

Sakit ka ponteng kelas tu.

♬ Santai – Faizal Tahir

Kehadiran spontan yang dibuat pensyarah tersebut telah mengejutkan para pelajar yang mana ada di antaranya telah ditangkap sedang lena tidur dan ada pula langsung tidak buka pintu. Fuh mesti heart attack

semua student tu!

@hisyam_chemat

Replying to @⛅️ nindia

♬ original sound – Hisyam

Hisyam yang juga pensyarah bagi subjek Rekreasi untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pemprograman Perkhidmatan Rekreasi Luar itu berkata dia pernah melakukan sesi ‘terjah’ tersebut pada tahun 2000 hingga 2003 lagi.

@hisyam_chemat

Replying to @ahmoisepet memang tersusun kemas semuanya.

♬ original sound – Hisyam

“Saya mengajar sejak 23 tahun lalu dan kalau diikutkan sudah buat begitu sejak awal lagi, seingat saya bermula tahun 2000 sehingga 2003.

“Sebenarnya, saya terikut cara didikan salah seorang pensyarah saya di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika belajar dulu malah saya ikut dia ‘terjah’ ke rumah penuntut yang tidak datang ke kelas.

“Jadi apabila masuk mengajar di UiTM, saya gunakan pendekatan sama dan mereka yang jadi anak didik saya dahulu sudah tahu cara saya cuma penuntut baharu mungkin tidak tahu.

“Disebabkan itu, ada yang terkejut apabila saya datang ke rumah mereka tempoh hari tetapi percayalah, niat saya cuma nak tengok dan tahu apa punca atau masalah mereka tidak hadir ke kelas.

“Mana tahu ada yang demam atau ada masalah kewangan,” jelasnya.

@hisyam_chemat

Replying to @nuna Meranti & Melati pun kena. Tak kasi chan punya.

♬ original sound – Hisyam

Menurut Hisyam lagi, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai komen positif netizen dan dia juga telah meminta kebenaran pengetua kolej kediaman sebelum membuat lawatan ke bilik pelajar berkenaan.

“Ada yang minta saya ajar saja sampai habis silibus dan kata buat apa nak menyibuk?

“Ikutkan saya boleh saja buat begitu namun sebagai pensyarah yang juga dilantik sebagai pengetua pelajar ‘Non Resident’ (NR), iaitu pelajar tinggal di luar, jadi saya perlu ambil tahu mengenai kebajikan mereka.

“Ia kerana saya mahu mereka utamakan pelajaran dan jadi manusia berguna nanti terutama kepada keluarga dan negara,” jelasnya lagi.

Sumber

Baca : ”Aku sedih sangat bila dapat tau boyfriend aku tu suami orang. Setiap hari aku menangis mengenang nasib”

Leave a Comment