”Terima kasih ya Allah aku sudah bercerai” – Tular video wanita melonjak suka lepas dijatuhkan talak. Cerai merupakan salah satu cara berpisah buat pasangan yang telah berkahwin dan tidak mampu meneruskan hubungan rumah tangga.
Perkara ini sering kali dianggap sebagai satu isu yang tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai.
Namun, berlainan pula dengan seorang wanita ini yang berlari kegembiraan selepas sahaja mendapat sijil cerai dan menjadi perhatian ramai.
Seronok telah cerai
Video yang tular di TikTok itu memaparkan wanita tersebut berlari ke arah kereta dengan gembira kerana telah mendapatkan sijil cerai miliknya yang sah.
Ya Allah aku telah bercerai ya Allah. Boleh cari pasangan baru. Ya Allah, keluar juga akta ceraiku. Terima kasih ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan bercampur baur apabila melihat video tersebut. Tak kurang, ada juga yang tumpang gembira dengan wanita tersebut.
@tinamomami92 Alhamdulillah Cerai 🤲 #viral #fypシ #cerai #janda #mamamuda #fyp #viralvideo #sulawesitenggara ♬ suara asli – May Tina Momami