TerasMalaysia

Terkejut lelaki ini lepas kena buang keje hanya sebab isterinya tak bersalin ikut ‘due date’ yang sepatutnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terkejut lelaki ini lepas kena buang keje hanya sebab isterinya tak bersalin ikut ‘due date’ yang sepatutnya

Diberhentikan kerja adalah satu perkara yang menakutkan, dan kalau ada orang yang jumpa anda dan bagitahu anda ianya suatu perkara biasa dan tak perlu dirisaukan, sebenarnya mereka tak tahu apa yang mereka cakapkan. Bila sesuatu perkara buruk berlaku ke atas kita, ianya akan menimbulkan rasa sakit, atau sekurang-kurangnya membuatkan kita murung.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja diberhentikan kerja. Lebih malang lagi apabila dia baru sahaja menimang cahaya mata.

Tindakan yang dilakukan penyelianya itu dilihat tidak wajar kerana dia diberhentikan tanpa sebarang notis mahupun alasan munasabah, selepas memohon cuti kerana isteri bersalin.

Perkara itu dikongsikan di TikTok, memaparkan beberapa tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp individu terbabit bersama penyelianya.

Berdasarkan perbualan itu, difahamkan lelaki tersebut terpaksa mengubah cuti yang diambil pada saat akhir ekoran isterinya dijangka bersalin lebih awal daripada tempoh jangkaan.

“Besok saya cuti boleh ke satu minggu, bini (isteri) saya bersalin bos,” tulisnya, menyatakan tujuan permohonan cuti.

Namun jawapan yang diterima daripada penyelianya agak mengecewakan malah dia turut dipersoalkan kenapa isteri yang dijangka bersalin pada 25 Mei tiba-tiba bersalin awal.

Walaupun lelaki itu mendakwa sudah memaklumkan bahawa isterinya perlu bersalin awal, penyelia terbabit terus mengasaknya dengan soalan.

“Habis you punya kerja macam mana, siapa nak buat? Aku?” balas penyelianya.

Masih mengharapkan ihsan, dia sekali lagi memaklumkan perlu mengambil cuti untuk menjaga isterinya.

Tanpa diduga, dia menerima mesej mengejutkan apabila diminta untuk berhenti kerja walaupun sudah menghantar bukti isterinya bersalin.

Rayuan yang dibuat bukan sahaja tidak diendahkan, sebaliknya penyelia terbabit terus mengasaknya untuk berhenti.

“Kau ni susahlah macam ni, you berhenti saja… tak payah datang lagi. Aku tak mahu kau lagi,” ujar penyelianya.

Sukar untuk menerima keputusan tersebut, dia sekali lagi menghubungi penyelianya pada keesokan hari.

Bagaimanapun, jawapan yang diterimanya tetap sama selain diminta untuk mengambil gaji terakhir pada 7 Mei nanti.

Dia turut dimaklumkan bahawa kekosongan jawatannya sudah diganti.

Lebih menyedihkan apabila mesej memohon maaf dan akan kembali bekerja yang dihantarnya selepas itu tidak diterima oleh penyelia kerana nombor telefonnya dipercayai telah disekat.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet menasihatinya supaya membawa isu tersebut ke pejabat buruh.

Dia turut dinasihatkan supaya membawa bersama surat tawaran kerja bagi membolehkan penyelia terbabit dikenakan tindakan selain membantunya mendapatkan pampasan.

Baca : Pelakon popular yang memegang watak ‘King’ dalam KL Gangster meninggal dunia

Leave a Comment