TerasMalaysia

Terkejut Orang Mesin Rumput Tu, Rider Grab Tolong Mesin Rumput Guna Mesin ‘Halimunan’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terkejut Orang Mesin Rumput Tu, Rider Grab Tolong Mesin Rumput Guna Mesin ‘Halimunan’

Kerjaya sebagai penghantar makanan semakin menjadi pilihan terutama kepada golongan muda kerana mereka bebas untuk menentukan waktu bekerja selain kurang tekanan berbanding makan gaji.

Namun, kalau kurang order, kuranglah duit yang diperolehi. Sebab itulah zaman sekarang ramai yang membuat dua atau tiga kerja sambilan kerana untuk menampung kos perbelanjaan bulanan.

Baru-baru ini, tular sebuah video ini apabila seorang rider Grabfood berhenti di tepi jalan untuk mesin rumput telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @renggo69_, kelihatan rider Grabfood itu memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

Ketika itu, kelihatan dua orang pemesin rumput sedang melakukan kerja mereka dengan fokus. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila rider Grabfood itu tiba-tiba turut serta mesin rumput bersama mereka.

Lebih melucukan, dia hanya berlakon seperti sedang memakai peralatan mesin rumput padahal dibadannya tidak ada apa-apa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen yang lucu apatah lagi bila melihat salah seorang pekerja mesin rumput itu termenung seakan ‘blur’ dengan gelagat lelaki tersebut.

Sumber

Baca : Wanita Buat Kek Bentuk ‘Aset’ Penting Lelaki Jadi Tular, Kalau Picit Keluar Lendir Putih

Leave a Comment