TerasMalaysia

Terkejut orang ramai tengok bulatan gergasi warna merah muncul dilangit pada waktu malam

Terkejut orang ramai tengok bulatan gergasi warna merah muncul dilangit pada waktu malam

Para penduduk di bahagian tengah Itali dikejutkan dengan fenomena luar biasa yang berlaku di ruangan langit mereka.

Fenomena alam berbentuk bulatan atau cincin bercahaya merah yang muncul di langit pada 27 Mac lalu membuatkan para penduduk tercengang kehairanan dan bingung melihat keadaan tersebut.

Kelihatan persis filem fiksyen sains, fenomena unik yang menakutkan itu turut dirakam oleh seorang jurufoto, dikenali sebagai Valter Binotto.

Binotto menangkap imej tersebut ketika berada di bandar kecil Possagno, di kaki bukit Alps, Itali.

Menurut ahli astronomi, bulatan besar itu bersaiz sekurang-kurangnya 360 kilometer (km) diameter dan meliputi wilayah tersebut sehingga Laut Adriatik.

Dikenali sebagai Pancaran Cahaya dan Gangguan Frekuensi Sangat Rendah (ELVE), ia terjadi disebabkan hasil daripada Sumber Denyutan Elektromagnet (EMP).

Menurut Spaceweather, salah satu bolt kilat terjadi dengan sangat kuat sehingga menghasilkan EMP dan cincin merah itu menandakan tempat EMP melanda ionosfera bumi.

Sumber

Baca : Ibu menyusu ditipu dengan scammer, menyamar jadi ‘Breastfeeding Consultant’ minta video pam susu

Leave a Comment