Terkejut orang sekeliling bila tengok pelancong luar jadi ‘duyung’ dekat kolam air pancut KLCC
Baru-baru ini tular sebuah video seorang pelancong asing selamba mandi-manda di kolam yang berada di kawasan luar KLCC telah mencuri tumpuan ramai.
Tindakan pelancong asing ini sempat dirakam oleh pengguna TikTok @hafizlazin dalam video berdurasi 32 saat yang menunjukkan seorang warga asing berpakaian merah berenang di kolam hiasan yang terletak di taman KLCC. Tindakan ia mendapat pelbagai reaksi netizen.
Orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kolam itu memerhati gelagat pelancong asing itu dengan pelik kerana kolam itu bukan dibuat untuk pengunjung mandi-manda. Dia kemudiannya kelihatan bergerak ke bahagian atas air pancut dan menikmati air di sana.
Tidak lama selepas itu, kelihatan beliau dipanggil oleh pegawai polis dan mendapat teguran di atas kelakukan beliau. Tidak pasti apakah tindakan lanjut yang diambil ke atas pelancong tersebut, tetapi kelakuan dia ternyata membuatkan orang ramai terhibur.