Terkejut penduduk jumpa tiga remaja dengan kaki berantai, dipercayai jadi mangsa dera

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terkejut penduduk jumpa tiga remaja dengan kaki berantai, dipercayai jadi mangsa dera

Tiga beradik lelaki dipercayai mangsa dera ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata seorang lelaki yang menemukan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Dua daripada remaja tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad OKU masalah pendengaran dan pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

@shuhada_82

3 Beradik di temui dalam keadaan lemah, 2 daripadanya (OKU) di rantai di kaki.Mereka di kurung di rantai dalam rumah oleh mak mereka yang tidak tinggal bersama. #didera#dirantai#remaja#oku #anakanaksyurga#viral #foryou#trending

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Hasil siasatan awal mendapati dua remaja itu dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang remaja tidak dirantai dan mereka dijumpai oleh orang awam yang melalui Jalan Kampung Tambun Tulang menghala Ke Utan Aji di Simpang Empat.

Pihak polis juga berkata mangsa didakwa telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka dan akibat tidak tahan diperlakukan begitu mereka melarikan diri.

Dalam pada itu, keterangan daripada ibu mangsa mendapati bahawa dia bertindak merantai mereka kerana sikap anak-anaknya yang sukar dikawal. Manakala mangsa pula enggan bercakap ketika disoal, walau bagaimanapun mereka telah dihantar ke Hospital Tuanku, Fauziah, Kangar bagi pemeriksaan lanjut.

Susulan itu kita menahan dua suspek iaitu ibu mangsa berusia 46 tahun dan seorang lelaki yang belum diketahui pertaliannya berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

Kedua-dua direman selama tujuh hari bermula hari ni sehingga 31 Mac hadapan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Setelah rawatan terhadap mangsa selesai mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis.

Sumber

Baca : Kerana terlampau sesak jalan di Vietnam, kereta Tesla ini ‘fedup’ suruh pemandu ambil alih

Leave a Comment