Terkejut satu mahkamah, ‘si mati’ datang tunjuk muka ketika kes perbicaraannya sedang berlangsung

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terkejut satu mahkamah, ‘si mati’ datang tunjuk muka ketika kes perbicaraannya sedang berlangsung.

Seorang kanak-kanak lelaki di India yang sebelum ini didakwa telah dibunuh oleh datuk dan bapa saudaranya sebenarnya masih hidup.

‘Si mati’ datang mahkamah

Mangsa yang dikenali sebagai Abhai Kumar, 11 tahun, menghadiri Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia masih hidup. Tambahan pula, beliau mendakwa tuduhan yang mengatakan dia dibunuh adalah palsu. Difahamkan, sebelum ini Abhai telah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk menolak tuduhan ‘pembunuhan’ ke atasnya, tetapi petisyennya ditolak. Baru-baru ini, beliau berdiri di mahkamah dan menyatakan, ‘Saya masih hidup.’

Terkejut satu mahkamah, 'si mati' datang tunjuk muka ketika kes perbicaraannya sedang berlangsung

Difahamkan, dakwaan ‘kematian’ ini bermula selepas bapa Abhai mendakwa anak lelakinya telah dibunuh oleh datuk dan bapa saudaranya. Walaubagaimanapun, cerita ini adalah rekaan semata-mata, kerana tertuduh tidak puas hati dengan menantunya selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Menurut sumber, Abhai tinggal bersama datuknya sejak tahun 2013, iaitu selepas bapanya melakukan keganasan rumah tangga terhadap ibunya (isteri tertuduh). Akibatnya, datuk Abhai (bapa mentua tertuduh) membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai perbuatan tertuduh.

Kes ‘pembunuhan’ Abhai dijadualkan akan dibicarakan semula pada Januari 2024.

BACA:
Semata-mata RM15, remaja onani, kencing dan letak zakar atas kitab suci Al-Quran
Menu makan malam kapal Titanic dilelong dengan harga RM485,130
Cameron Highlands diiktiraf dan tersenarai sebagai lokasi tercantik di dunia

Leave a Comment